Selasa, 25 September 2012

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


~Mon Blog Belle~: Saya Orang Banjar..

Posted: 17 Sep 2012 08:13 PM PDT


Salam pada kulaan Banjar di Malaysia..

Tau apa benda kat atas ni? Inilah wadai kiping @ bubur orang Banjar.. Rinduuu nak makan tp tak reti nak buat.. Huhu.. Ohh, yana ada keturunan Banjar.. Arwah atuk dan nenek yana di Kuala Kurau, Perak nun orang Banjar yang datang dari Banjarmasin.. Arwah abah yana orang Banjar juga, mak yana Melayu Pulau Pinang.. Tapi, yana ni dah tak tau apa sangat pasal Banjar.. Huhu.. Arwah abah dan keluarga di Kuala Kurau nun memang cakap bahasa Banjar.. Bila dengar abah sembang yana dan adik2 tak faham sangat.. Hihi.. Setakat guring (tidur), aruh (kenduri), bahira (buang air besar), bakamih (buang air kecil), garih (siang ikan), hayam (ayam), hundang (udang) dan lain2 yang simple2 je.. Rugi pula rasanya tak nak belajar bahasa Banjar dari abah dulu..

Oklah, yana mungkin tak tau sangat pasal susur galur keturunan Banjar dan adat2 nya.. Tapi yana tetap bangga kerana mempunyai darah Melayu-Banjar..

Nak balik Kurau.. Rindu masakan Banjar Mak Njang yang sedap!! Rindu ayam masak sanganggan dan ikan puyu!!

- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan