Jumaat, 21 September 2012

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Projek Vale Rangsang Industri Hiliran <b>Di</b> Daerah <b>Manjung</b>: DS Zambry

Posted: 27 Jul 2012 04:33 AM PDT

Pembangunan Daerah Manjung dijangka berkembang lebih pesat hasil pelaburan syarikat Vale SA, sekaligus menjadi perangsang kepada industri hiliran di negeri Perak.

"Ketika ini, kegiatan ekonomi di Daerah Manjung begitu pesat membangun dan rakyat di sini sepatutnya berasa gembira dengan perubahan ini yang pastinya membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Kita mahu setiap pelaburan di sini membawa kesejahteraan kepada rakyat selain turut mewujudkan industri hiliran yang akan menjadi spin-off kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

"Antara projek besar di Manjung yang menjadi spin-off kepada ekonomi tempatan ialah Kencana Petroleum, pengeluar pelantar minyak terbesar di Malaysia dan Asia serta projek Vale SA, antara pengeluar keluli terbesar dunia," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kompleks Pasaraya Billion Cawangan Jalan Lumut, dekat Bandar Seri Manjung, sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha merangkap Ahli Parlimen Lumut dan Penasihat Khas kepada Menteri Besar, Datuk Chang Ko Youn.

Di sebalik pelaburan syarikat Vale SA itu, ada pihak katanya, cuba menggunakan projek itu untuk kepentingan politik dengan menggambarkan ia bakal memberi kesan buruk seperti yang berlaku di  kilang Lynas, dekat Kuantan.

Sebaliknya kata Zambry, projek mega itu berjaya membawa industri lain yang berkaitan keluli mengembangkan operasi mereka di Daerah Manjung.

"Indonesia dan Thailand misalnya antara negara yang menawarkan tempat dan kemudahan kepada Vale SA untuk membuka  operasi di negara berkenaan tetapi sebaliknya Daerah Manjung dipilih oleh syarikat berkenaan.

"Ini kerana mereka yakin Vale SA akan menjadi pencetus utama kepada aktiviti ekonomi di sesebuah negara dalam industri yang berkaitan keluli," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry yang juga Adun Pangkor berkata, dalam tempoh tiga tahun lalu, kemajuan Daerah Manjung amat memberangsangkan berdasarkan kepada rekod dan fakta pelaburan yang ada.

Malah mantan Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pernah bertanya mengapa Daerah Manjung tidak diisytiharkan sebagai ibu ekonomi negeri Perak, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, beliau sendiri tidak terfikir semakin banyak pasar raya utama akan beroperasi di Manjung dan terbaru, pasar raya Mydin turut menunjukkan minat untuk membuka cawangannya di daerah berkenaan.

"Bilangan pasar raya utama yang semakin meningkat menunjukkan kuasa membeli yang tinggi di kalangan penduduk Daerah Manjung," tegasnya lagi.

Tun&#39;s Craft: KENANGAN <b>DI MANJUNG</b>

Posted: 17 Sep 2012 12:00 PM PDT

Malam nie tk dapat tidur lena. Sakit belakang chetun semakin teruk. sampaikan kaki dah jadi kebas kebas sebelah. Nie yang makin risau nie.
So, teringat pada blog kesayangan Chetun. Bila dah dapat macam macam sakit nie, mula la teringat kenangan lampau. Teringat Manjung. Tinggal di sana 7 tahun.
Malangnya chetun tk berpeluang nak shoot gambar tpt tpt di Manjung.
Gambar di atas Chetun ambik masa outing  dgn Aida Toink Toink. Kalau tak salah nie masa org kecoh gempa bumi kat Summatera.
Dah lama dok Manjung baru perasan yg Kat Marina Wing di Lumut ada Kincir angin.
Cantik betul pemandangannya. Tapi time shoot nie, awan dia nampak suram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan