Ahad, 16 September 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


<b>PARIT BUNTAR</b>!!! Golongan belia diseru tingkatkan amal <b>di</b> bulan

Posted: 24 Jul 2012 11:06 PM PDT


PARIT BUNTAR, 21 Julai : Sepanjang bulan Ramadhan ini umat Islam akan berlumba-lumba meningkatkan amalan untuk mencari keredhaan Allah SWT. Namun tanggungjawab itu bukan hanya untuk golongan tua sahaja akan tetapi golongan belia juga disaran agar turut sama mengambil peluang berbuat amal ibadah mencari keberkatan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, golongan belia disaran mengambil peluang di dalam bulan yang penuh barakah ini untuk menambahkan amalan seperti beriktikaf di masjid, bertadarus, solat tarawikh, berqiyamullail dan banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh menambahkan pahala yang berganda-ganda sepanjang Ramadhan. 
Pemuda PAS Parit Buntar juga akan mengadakan program khusus bersama-sama dengan golongan belia sepanjang Ramadhan ini dengan program seperti mengedarkan bubur lambuk, mengadakan tadarus Al-Quran di masjid-masjid, qiyamullail perdana serta program Badar Al-Qubra.
Pemuda PAS juga akan bekerjasama dengan Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar serta PAS Kawasan Parit Buntar mengadakan program sumbangan untuk fakir miskin, meraikan anak yatim, guru Al-Quran serta lawatan ziarah ke Hospital Parit Buntar.
Kita minta golongan belia bersama-sama mengambil peluang ini. Sudah terlalu lama dan banyak kita menumpukan urusan dunia, hiburan, sukan dan macam-macam lagi, jangan kita menunggu apabila usia tua baru hendak beramal, sebaliknya semasa usia muda ataupun belia inilah kita jadikan sepanjang Ramadhan ini untuk meraih keuntungan saham di akhirat. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan