Rabu, 26 September 2012

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


MERIAH DAN CERIA <b>DI</b> RUMAH TERBUKA PAS <b>TAPAH</b>

Posted: 28 Aug 2012 05:08 AM PDT

Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Kawasan Tapah telah diadakan pada 25.8.2012 bersamaan 7 Syawal pada hari sabtu yang lalu bertempat di Pasti Batu 3 Temoh,Tapah.

Program yang bermula 10 pagi itu di mulakan dengan alunan nasyid dari kumpulan Ar Ridha,bacaan doa serta ucapan dari pimpinan-pimpinan peringkat negeri dan kawasan.Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin,Bah Tony seorang peguam orang Asli dan aktivis,pimpinan2 dari PKR dan DAP.

Turut memeriahkan lagi sambutan rumah terbuka PAS Tapah pada tahun ini ialah pelakon Abby Abadi, yang mendapat perhatian dari pengunjung yang hadir untuk bersalaman dan bergambar.

Sambutan amat diluar jangkaan dengan kehadiran orang ramai ,semua juadah telah disediakan oleh cawangan-cawangan PAS yang berada di Dun Air Kuning dan Chenderiang.Antara menu-menu yang disediakan adalah satay,lemang,rendang,pizza,bihun sup,kuih muih dan juga buah-buahan.

Tetamu2 jemputan yang hadir termasuk Pesuruhjaya PAS PERAK Ustaz Abu Bakar Husin Tetamu selebriti Abby Abadi juga hadir untuk memeriahkan majlis rumah terbuka pada tahun ini. Antara para tetamu yang hadir..... Para tetamu menikmati hidangan yang disediakan lemang,satay serta nasi impit. Pimpinan DAP dan PKR  Parlimen Tapah turut hadir.
AJK DMP Tapah Muslimat  yg bertungkus lumus  dan sebagai urusetia program memastikan makanan yg disediakan mencukupi.

Abby Abadi menjadi tumpuan pada hari itu..

Ustaz Abu Bakar dan YDP PAS Tapah Saudara Rahim Cheng  Antara tetamu yang hadir ...DHPP Kawasan Tapah Majlis di serikan juga dengan alunan nasyid dari kumpulan AL RIDHA Menjamu selera dengan juadah disediakan..
Satay menjadi tumpuan tak kira tua dan muda... Anak2 kecil menikmati aiskrim yang disediakan

Blog Hamba: Gambar Suspek Kes Rogol <b>Di Tapah</b>, Perak

Posted: 07 Sep 2012 02:41 AM PDT

TAPAH: Polis kini memburu tiga suspek kerana merogol seorang pelajar berusia 15 tahun secara bergilir di sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Batu 33, dekat sini, lewat tengah malam Isnin lalu hingga awal pagi keesokannya. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliau, berkata, mangsa membuat laporan polis selepas berjaya melarikan diri. 

Petikan dari: Berita Harian

Susulan dengan itu, pihak IPD Tapah telah mengeluarkan gambar suspek  yang dikehendaki berhubung dengan kes itu. Berikut adalah gambar-gambar suspek yang dikaitkan dengan kes rogol ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui dimana suspek berada sila hubungi IPD Tapah ditalian 05-4011222



p/s : Diorang ni memang dah tak boleh dibiarkan lagi. Minta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek-suspek ini. 

Sumber gambar:  Facebook IPD Tapah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan