Rabu, 10 Oktober 2012

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


24 rumah <b>di Chemor</b> rosak dipukul ribut – Perak Today

Posted: 24 Jan 2012 06:29 PM PST

Kejadian ribut yang berlaku di Kampung Ulu Chemor, dekat Chemor lewat petang kelmarin mengakibatkan kira-kira 24 buah rumah rosak akibat ditiup angin kuat atau dihempap pokok yang tumbang.

Sebuah rumah mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung akibat dihempap pokok durian yang terletak di seberang sungai.

Mangsa, Nor Hisyam Mustafa, 42, memberitahu ketika kejadian keluarganya sedang berehat sementara menanti azan Maghrib.

"Ada sembilan ahli keluarga dalam rumah ketika itu dan kami semua cemas dan segera bergegas keluar dari rumah sebaik sahaja terdengar bunyi kuat," katanya.

Hisyam yang terperanjat dengan bunyi dentuman kuat itu semakin cemas apabila seluruh rumah bergegar dengan bunyi angin kuat sebelum melihat sebahagian bumbung bilik tidur tercabut.

"Pada mulanya kami sangkakan bunyi kilat… tidak sangka ia rupanya bunyi pokok durian yang berusia lebih 40 tahun menghempap salah satu bilik tidur di rumah ini," katanya.

Tambah beliau, disebabkan kejadian itu, dia mengalami kerugian hampir RM 3,000 bagi kos membaiki bumbung serta dinding rumah yang rosak selain untuk melakukan kerja-kerja mengalihkan pokok yang tumbang.

Turut menjadi mangsa, Zaharuddin Bahari, 46, yang menganggap kejadian ribut itu paling buruk pernah dialaminya sejak lapan tahun lalu.

"Sebelum ini tak pernah jadi kejadian buruk macam ini dan paling teruk pun banjir kecil sahaja tetapi apa yang berlaku semalam begitu menakutkan apabila bunyi angin yang kuat beserta hujan lebat.

"Memang kilat sambung-menyabung dan tidak sampai beberapa minit saya terdengar bunyi kuat dari arah depan.

"Saya tidak menyangka tiupan angin itu telah menyebabkan pokok kunin di hadapan rumah saya tumbang dan menghempap anjung rumah," jelasnya.

Bagaimanapun, Zaharuddin bersyukur kerana tidak ada ahli keluarganya yang tercedera aikbat kejadian itu.

Katanya, disebabkan pokok kuinin yang rebah itu bersaiz besar, ia tidak dapat dialihkan berikutan bimbang merosakan struktur rumah kayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan