Sabtu, 6 Oktober 2012

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Tugu Bangsa Tembok Negara: Empat <b>jelapang</b> padi baharu akan <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2012 07:55 AM PDT

TANJONG KARANG, 30 SEPTEMBER - Kerajaan akan mewartakan empat kawasan jelapang padi baharu yang akan dibuka terlebih dahulu, bagi membolehkan peruntukan dan pengurusan secara bersepadu kawasan pertanian tersebut dilakukan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya akan mengemukakan kertas kerja kepada Kabinet bagi membolehkan perkara itu dilaksanakan.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga akan menubuhkan Lembaga Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) sebagaimana yang diwujudkan di jelapang padi di Selangor, Kerian dan Sungai Manik, masing-masing di Perak.

"Kita juga akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana penubuhan badan pembangunan pertanian yang baru itu melibatkan pertambahan pegawai atau mungkin kita akan membuat sistem 'pool' di bawah kementerian masing-masing.

"Pegawai tersebut akan membuat pemantauan dan dengan cara ini pengurusan lebih bersepadu dapat dilakukan di kawasan jelapang padi baru tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan beras kepada kira-kira 2,000 penduduk masyarakat India di Ladang Raja Musa, di sini hari ini.

Sumbangan itu merupakan inisiatif sekumpulan peniaga yang menggerakkan aktiviti bantuan kepada masyarakat memerlukan di Selangor selaras dengan gagasan 1Malaysia sejak dua tahun lalu.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 mengumumkan kerajaan akan membuka empat kawasan jelapang padi baru iaitu di Kota Belud, Sabah; Batang Lupar (Sarawak); Rompin dan Pekan (Pahang), khusus bagi kelestarian jaminan bekalan makanan.

Ia membabitkan kawasan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dan dijangka dapat menghasilkan 104,000 tan metrik padi dengan perbelanjaan RM140 juta.

Kawasan jelapang padi sedia ada seluas 389,000 hektar yang mampu menghasilkan 1.8 juta tan metrik ketika ini pula akan ditambah baik dengan sistem pengurusan tanamannya secara sistematik.

Menurut Noh, kementerian melihat Bajet 2013 mampu memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat tani di negara ini tanpa ada kelompok yang terpinggir.

"Kalau tahun lalu, golongan nelayan mendapat manfaat peruntukan RM300 juta bagi memperbaiki rumah dan projek tersebut sedang dilaksanakan membabitkan 17,000 nelayan.

"Tahun ini, pesawah diberikan skim takaful melibatkan peruntukan RM50 juta bagi membolehkan mereka mendapat pelindungan sekiranya tanaman padi terkena penyakit atau rosak dilanda banjir," katanya.

Menurut beliau, golongan penanam sayur pula boleh mengambil manfaat daripada peningkatan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional sehingga RM350 juta.


Sumber - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan