Selasa, 30 Oktober 2012

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


12 rumah kedai musnah dalam kebakaran <b>di Kampar</b> | Berita Terkini <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 09:13 PM PDT

KAMPAR: Sebanyak 12 rumah kedai sederet musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian dianggar lebih RM400,000 di sini, awal hari ini.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Kampar Zainuddin Mat Daud berkata dalam kejadian jam 1.45 pagi tadi, dua orang yang tinggal di sebuah kedai terbabit berjaya menyelamatkan diri.

Kebakaran membabitkan empat unit kedai kopi, dua kedai runcit dan satu unit kedai yang dijadikan stor menyimpan sayur-sayuran, manakala selebihnya kosong, katanya di sini.

Beliau berkata empat jentera dengan 30 anggota digegas ke tempat kejadian namun ketika tiba deretan kedai yang dibina dengan papan terbabit sudah musnah 95 peratus.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengawal sepenuhnya kebakaran, katanya.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/15


Article source: http://www.hmetro.com.my/articles/12rumahkedaimusnahdalamkebakarandiKampar/Article/

1,200 penduduk dipindahkan akibat banjir <b>di Kampar</b> – Perak Today

Posted: 11 Apr 2012 09:58 PM PDT

Kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang, dekat Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air sejak jam 5 pagi tadi.

Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.

Ketika ini, semua mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut melawat mangsa sebentar tadi.

Pegawai Daerah Kampar, Ismail Hassan, berkata antara kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.

Tegasnya, kejadian berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tebing sungai yang pecah.

Pada sidang media selepas melawat mangsa banjir, Zambry berkata selain Kampar, banjir juga berlaku di kawasan Ijok, dekat Selama selain Daerah Batang Padang.

"Kita juga menerima laporan kira-kira 300 keluarga di Ijok terpaksa dipindahkan akibat banjir dan masalah sama juga berlaku di Daerah Batang Padang.

"Di Daerah Kampar pula, kira-kira 1,200 penduduk terpaksa dipindahkan ke dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar pagi ini selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang turun mulai jam 11 malam tadi.

"Air Sungai Kampar melimpah lalu mengakibatkan rumah penduduk yang terletak di tepi sungai terjejas teruk dengan kejadian banjir yang disifatkan penduduk yang terburuk setakat ini," katanya.

Kerajaan negeri katanya, melalui Majlis Keselamatan Negeri akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang

Beliau turut mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membaiki segera ban sungai yang pecah bagi mengelak masalah banjir menjadi lebih serius.

Ditanya samada banjir berpunca daripada kegiatan pembalakan, Zambry berkata, hujan lebat luar biasa merupakan punca yang menyebabkan kejadian banjir di beberapa kawasan di Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan