Jumaat, 5 Oktober 2012

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


MTMD <b>KERIAN</b> SATUKAN PANDANGAN DAN TINDAKAN SEMUA <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2012 07:25 AM PDT

Parit Buntar, 1 Oktober – Baru-baru ini bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Kerian telah berlangsung Mesyuarat Majlis Tindakan Membenteras Dadah (MTMD). Seramai 26 orang ahli mesyuarat termasuk ahli jemputan yang terdiri dari Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pengerusi JKPD, RADA, MAWADAH dan pemimpin-pemimpin masyarakat serta penghulu-penghulu mukim di Daerah Kerian telah hadir ke mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohamad Sofie bin Borham, Penolong Pegawai Daerah Kerian.

Dalam mesyuarat tersebut, Tuan Hj. Zainuddin bin Napiah dari Pejabat Pelajaran Daerah Kerian telah membentangkan Kertas Makluman yyang bertajuk "Masalah Sosial Di Kalangan Pelajar Sekolah dan Tindakan Menanganinya". Rentetan dari pembentangan itu, Pegawai Kesihatan Daerah telah mencadangkan agar PPD Kerian membenarkan pihak pejabat Kesihatan Daerah menjalankan "Operasi Asap" di sekolah bagi menangani gejala merokok di kalangan pelajar.

Diakhir mesyuarat, Tuan Pengerusi meluahkan pandangan peribadinya mengenai mesyuarat MTMD ini. Menurut beliau, MTMD merupakan medan yang menyatukan pandangan dan tindakan oleh semua pihak bagi menangani masalah dadah khususnya di dalam daerah kerian secara kolektif dan strategik. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi.

-Tamat-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan