Sabtu, 13 Oktober 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


LAWATAN MURID TAHUN 6 KE KILANG ROTI - ::SK <b>LEKIR</b>

Posted: 03 Oct 2012 07:24 PM PDT


LATAR BELAKANG
Roti Segar telah mula beroperasi pada tahun 1981 berdasarkan konsep perniagaan keluarga dan telah didaftarkan di atas perniagaan tunggal. Setelah 13 tahun beroperasi, Roti Segar telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nama Roti Segar (M) Sdn. Bhd. pada tahun 1994. Perniagaan utama Roti Segar ialah pengeluar dan pengedar pelbagai jenis roti, kek, pastri dan piza.
Roti Segar(M) Sdn. Bhd. pada masa itu telah diasaskan oleh Allahyarham Mew Hamzah Bin Mew Ramli sebagai Pengarah Urusan. Beliau adalah orang penting yang telah memartabatkan Roti Segar selama lebih 20 tahun dalam bidang roti, kek dan pastri. Pada ketika ini, Pn. Badariah Binti Abu Samah bertindak sebagai Pengarah Urusan yang baru serta dibantu oleh barisan pengurus berwibawa, barisan tukang masak yang berpengalaman, penyelia-penyelia dan lebih dari 90 orang operator pengeluar terdiri daripada lelaki dan wanita.
Roti Segar (M) Sdn. Bhd. telah mengorak langkah pengkomersilan dengan mendaftar jenama ROSEGAR. Ini membuatkan ianya mempunyai identiti yang tersendiri. Sebagai pengeluar produk berasaskan tepung, Roti Segar telah mendapatkan bekalan bahan mentah utama (tepung) dari pembekal-pembekal seperti Malayan Flour Mill, Federal Flour Mill dan Kuantan Flour Mill. Syarikat-syarikat ini telah terbukti menghasilkan tepung yang berkualiti dan bersesuaian dengan produk Roti Segar. Hasil daripada kawalan kualiti yang tinggi serta usaha pengurusan pasaran yang konprehensif, Roti Segar telah mempunyai lebih dari 385 rangkaian agen penjual yang terdiri daripada kedai runcit dan pasar mini di sebahagian besar negeri Perak seperti di Lumut, Parit Belanja, Ipoh, Kg. Gajah, Seberang Perak dan Pantai Remis.
Selain itu juga, Roti Segar telah berjaya membuka beberapa outlet di bawah pengurusan syarikat yang bertempat di Tapah, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan juga Kelana Jaya. Disamping itu juga, Roti Segar telah mengatur langkah untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan menghantar sampel produk terdiri daripada pelbagai jenis biskut ke London, Dubai, Brunei dan Singapura melalui Syarikat Perak Trading House sebagai wakil pengedar dan agensi kerajaan seperti FAMA, MIDA dan dengan inisiatif sendiri.
Sehingga kini, setiap pelanggan Roti Segar tidak akan mengalami masalah kelewatan menerima pesanan kerana syarikat Roti Segar akan membuat penghantaran secara terus dari kilang dengan menggunakan kemudahan 10 buah van dan lori milik syarikat. Ianya bersesuaian dengan polisi pengeluaran syarikat iaitu 'Just In Time' di mana setiap produk dapat dipasarkan mengikut jumlah yang diperlukan pada masa yang dijadualkan serta berkualiti dan menepati permintaan.
Pada keseluruhannya, Roti Segar merupakan syarikat bumiputera yang mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat pengeluar produk seumpamanya yang telah lama bertapak dan terkenal. Ini terbukti kerana Roti Segar (M) Sdn. Bhd. berada di bawah pengurusan yang berpengalaman daripada pengasasnya, Allahyarham Mew Hamzah Bin Mew Ramli dan diteruskan oleh pengurusan baru yang telah berjaya bertahan secara tektikal walaupun di dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu. Ini menunjukkan produk Roti Segar merupakan salah satu produk yang telah mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Dengan kesempatan ini, syarikat Roti Segar (M) Sdn. Bhd. akan cuba meningkatkan lagi kualiti dan menghasilkan produk baru yang inovatif disamping memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.
Pada keseluruhannya, Roti Segar telah menguasai kebanyakan pasaran yang melibatkan makanan seperti roti, kek, pastri dan juga piza. Ini terbukti kerana Roti Segar telah berjaya menguasai lebih dari satu per tiga pasaran di seluruh kawasan utara dan juga di kawasan tengah semenanjung dan limpahannya di kawasan timur , selatan dan barat semenanjung Malaysia.
Selain itu juga, rangkaian jualan Roti Segar meliputi jualan terus dari kilang, pesanan dari kantin-kantin sekolah, kilang dan jabatan kerajaan. Di samping itu Roti Segar turut membekal produk kepada premis- premis di Plaza Rawat & Rehat di Lebuh Raya Utara Selatan, tak lupa juga pesanan dari pelanggan dan peniaga - peniaga yang menjalankan jenis perniagaan yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan