Selasa, 16 Oktober 2012

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Enam kampung <b>di Lenggong</b> dapat bekalan air bersih – Perak Today

Posted: 23 Mar 2011 05:24 PM PDT

Penduduk dari enam buah kampung di daerah kecil Lenggong kini dapat menarik nafas lega apabila kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM6.2 juta bagi menyediakan bekalan air bersih bagi menggantikan sumber air gunung yang digunakan mereka sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata sebelum ini, penduduk terpaksa menggunakan air gunung untuk kegunaan harian yang tidak terjamin dari segi kebersihan dan kesihatan.

"Apabila musim hujan, air gunung yang digunakan ini menjadi keruh tetapi penduduk dari enam kampung ini termasuk Kampung Chepor, Kampung Bukit Sapi, Kampung Luat dan Kampung Beng tidak mempunyai pilihan lain kecuali menggunakannya untuk keperluan harian.

"Namun, dengan sokongan dan bantuan kerajaan Pusat dan negeri, sejumlah RM6.2 juta akan dibelanjakan untuk projek membekalkan air bersih kepada lebih 2,000 penduduk di sini dan ia akan dimulakan tidak lama lagi.

"Selain itu, peruntukan RM2.8 juta lagi akan dibelanjakan untuk membina jalan di Kampung Batu Ring yang selama ini hanya dapat dihubungkan melalui laluan sungai dan kita jangka lebih 500 penduduk di situ akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek ini," katanya kepada pemberita di Lenggong, semalam.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang dalam rangka lawatan dua hari ke Daerah Lenggong dan Grik merasmikan Pusat Siber Rakan Muda Parlimen Lenggong di Kampung Luat yang bertujuan mendedahkan golongan muda dengan teknologi maklumat yang semakin berkembang.

Dr Zambry berkata, dengan wujudnya Pusat Kegiatan Belia dan Pusat Siber di kawasan itu, masalah sosial yang membabitkan golongan muda-mudi mampu dielakkan melalui kegiatan yang berfaedah.

Katanya, pusat siber juga dapat dilihat sebagai usaha kerajaan untuk merapatkan perbezaan jurang IT di kalangan remaja terutamanya bandar dan luar bandar.

Mengulas usaha kerajaan negeri untuk meletakkan Daerah Lenggong sebagai antara tapak warisan dunia UNESCO, Dr Zambry berkata, kerjasama daripada rakyat di kawasan itu amat diperlukan agar ia bergerak selari dengan hasrat kerajaan.

"Usaha ke arah itu sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri kerana di sini terdapat tapak arkeologi yang berusia jutaan tahun lalu dan kita harap sasaran menjadi salah satu tapak warisan dunia UNESCO dapat direalisasikan menjelang 2012.

"Promosi juga turut dilaksanakan di peringkat Pusat dan negeri kerana kawasan ini mampu menjadi tarikan pelancong seluruh dunia yang ingin mengetahui sejarah arkeologi di Zaman Batu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan