|   07 di malim nawar - Google Blog Search   | 
| FAIL 001252: Tiga Mason Melayu Posted: 04 Oct 2012 07:04 PM PDT    Tiga   manusia ini mendapat pengiktirafan oleh bangsanya sendiri akibat   sebab-sebab yang tertentu.Tiga manusia ini adalah pemimpin yang diangkat   dengan harapan untuk memimpin bangsanya ke arah masa depan yang lebih   gemilang.Ketiga-tiga manusia ini juga dihina oleh sebilangan manusia   yang marah dan kecewa.Masing-masing dari tiga manusia ini mendapat   bahagian masing-masing dari dari bermacam kutukan dan penghinaan.   Ketiga-tiganya   adalah pemimpin Melayu yang tersohor dan memimpin organisasi   masing-masing.Mahathir diambil kerana kepimpinannya telah teruji   manakala pemimpin-pemimpin yang menggantikannya tidak mampu untuk   mengalahkan karismanya setakat ini.Seorang darinya pula menerima   penghinaan yang teramat teruk dan amat memalukan.Yang lagi seorang pula   tidak perlu dijelaskan lagi.   Seorang digelar   Mahafiraun,seorang berjawatan Peliwat Negara dan Penjilat Dajjal   Amerika.Seorang pula dilabel Pak Turut Dajjal Komunis.   (artikel ini tidak bermaksud bahawa ketiga mereka benar-benar 'Mason')   Ketiga-tiganya    adalah pemimpin Melayu yang berpengaruh.Masing-masing mempunyai aura   mereka yang tersendiri.Menurut ilmu strategi Dajjal The Antichrist,para   pemimpin seperti ini perlu didekati untuk menjerumuskan mereka kepada   'zombie-zombie' yang dapat bekerja untuk secara membuta-tuli di pihak   syaitan manusia.Para pemimpin seperti ini perlu dimanjakan dan   dibujuk-bujuk supaya menjadi terpukau dan menurut sahaja kehendak sang   Dajjal.Kakitangan Dajjal tidak akan menemui Pak Mat yang menjual air   tebu ditepi jalan untuk program memecahbelahkan umat Melayu beragama   Islam atau Mak Bedah yang menjual pinggan mangkuk di Malim Nawar bagi   usaha 'inter-religious faith' yang sebenarnya menghentam agama Islam   semata.Adalah amat merugikan jika Dajjal menghantar para pencacainya   kepada mat-mat rempit yang bersidai di Central Square di Sungai   Petani.Lebih baik duit peruntukan itu ditabur kepada para pelacur kelas   atasan untuk dihantar kepada para pemimpin Melayu supaya dapat diugut   (blackmail) untuk menurut apa jua arahan Para Elit Dajjal.   Bagi yang mempelajari segala jenis konspirasi sang Dajjal, mula meneka-neka adakah mereka ini berjawatan Mason Melayu.    Soalannya sekarang,adakah ketiga-tiga manusia ini adalah Mason?   Jawapan   kadangkala tidak menjawab persoalan yang ditanya.Jawapan kadangkala   tidak membantu,malah menyusahkan,memecahbelahkan dan menghala si   pengharap jawapan tadi ke arah kebinasaan.KADANGKALA LEBIH BAIK TIDAK MENGETAHUI DARI MENGETAHUI.Jika pengetahuan itu tidak mampu digunakan dengan baik,mungkin ia akan membinasakan orang yang punya pengetahuan tadi.   Kita   tidak perlukan jawapannya sekarang.Walaupun salah seorang,atau   kesemuanya adalah Mason Melayu yang bertopengkan Islam,namun itu   bukanlah tujuan kita.Tujuan kita di sini adalah untuk memahami   perjalanan The Hidden Hand untuk mencatur arah sosio-politik Melayu sama   ada sebetulnya Islam atau hanya Islam pada namanya sahaja.Tujuan kita   adalah untuk mengambil manfaat dari semua percaturan The Hidden Hand ke   atas kita.Dengan kata lain,apabila racun disuapkan ke dalam mulut   kita,kita dapat mengubahnya menjadi madu yang amat manis,segar lagi   menyihatkan.   Dr. Mahathir adalah seorang Melayu   yang mempunyai karisma dalam bidang pentadbiran,percaturan ekonomi dan   pembangunan.Tidak sia-sia beliau digelar Bapa Pembangunan.Jika beliau   adalah seorang diktator,ya...beliau adalah seorang diktator Melayu yang   berjaya membawa orang-orang Melayu menyedut bau penghawa dingin di dalam   KLCC dan LRT.Putrajaya,adalah nama ibukota kerajaannya yang baru   sebagaimana kerajaan Mala-Khmer memindahkan ibukota mereka ke Angkor   pada masa-masa yang lalu.    Tidak dinafikan   segala sumbangan beliau dalam arena material dan kebendaan di   Malaysia.Jika tidak asbab inisiatif beliau,Malaysia mungkin lebih lambat   atau tiada langsung untuk mempunyai industri kereta sendiri.Orang   Melayu yang disangka tidak mampu membuat apa-apa walaupun sebatang jarum   telah mampu mengeluarkan kereta sendiri.Kesampingkan pesimis-pesimis   yang berkata itu dan ini.Jepun yang dikagumi mereka itu sebenarnya   bermula sebagai penciplak dan peniru paling licik dan   profesional.Teknologi Jepun yang menjadikannya hebat kini bermula dari   kaedah meniru ciptaan orang-orang Barat seterusnya membaikinya sedikit   demi sedikit.   Malangnya,beliau   seorang yang 'lack of manner' dalam bidang pembangunan insan dan   agama.Beliau bukanlah orang yang boleh disebut-sebut telah mencipta   sejarah dalam arena kemajuan agama secara hakikatnya di Malaysia.Malah   beliau telah dikutuk-kutuk dan dituduh mempersendakan janggut nabi dan   memecat mufti dan menangkap ulama yang tidak menyetujui dasar   mengabaikan agama sendiri oleh beliau.Di zaman beliau,semua media   dikawal dengan sebaiknya.SEmua orang termasuk kawan dan lawan merasa   gerun dengan karisma kediktatoran beliau.Kaum-kaum lain juga hanya   berani berbisik di dalam kelambu mengenai isu Ketuanan Melayu dan   DEB.Tidak seperti hari ini apabila Ketua Neo-Chauvinist Marxisme di   Pulau Pinang mengumumkan DEB akan dihapuskan segera secara terbuka dan   berani.Dalam kes lain,perbuatan mengangkat keris sahaja dikatakan   mengancam kaum lain.Jika ini terjadi di era Dr. Mahathir,sudah tentu   orang ini akan 'layak digelek ditengah jalan'.   Katakan   saya ialah Dajjal The Antichrist.Sudah tentu saya perlu memerhatikan   pemimpin ini supaya dapat dibujuk-bujuk untuk menerima Program   Mengabaikan Agama Sendiri dan Mempersendakan Hukum Allah.Suntikkan dia   dengan dana-dana yang besar-besar,beri dia penasihat dari kalangan   Yahudi atau Neo-Christian supaya dia tidak jauh dari landasan yang   ditetapkan.   Jika saya seorang pengkaji   konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga   saya,bahawa Mahathir Mohamad adalah seorang Mason,sudah tentu   kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak   95%.Dia hanya menyuapkan pembangunan semata,menghina janggut   nabi,menggalakkan lahirnya para Modenis Melayu-Islam yang keliru dan   sesat seperti Sister In Islam dan Astora Jabat yang rela melacurkan   agama demi sesuap nasi dan bersikap pesimis terhadap hukum Allah   s.w.t.Apakah sumbangan Mahathir kepada umat Islam?Jakim?Ahh...Jakim   hanyalah topeng sahaja.Kemajuan Islam yang bagaimana dijana oleh si   JAKIM ini?SEmakin lama si JAKIM ini bernafas,selagi itulah agama   dikurung didalam surau,masjid dan pejabat agama.Ya,ada juga peneraju   JAKIM ini ikhlas tetapi jika diuji dengan pasir yang ditabur di dalam   periuk nasi mereka,adakah mereka rela berkorban atas nama agama atau   merayu pasir tadi dibuang dari periuk nasi tadi?Hipokrit,mungkin itulah   pandangan saya sebagai pengkaji konspirasi di Malaysia.   Tetapi ada cara lain yang lebih bermakna bagi menangani seorang 'Mason' tegar seperti Dr. Mahathir Mohamad ini.   Kita   lihat manusia malang bernama Anwar Ibrahim ini.Kisahnya amat sedih lagi   menyayat hati.Beliau seorang yang penuh karisma sebagai pemimpin   pelajar,peneraju kesatuan dan pertubuhan,amir gerakan yang punya visi   dan misi yang mantap.Percakapannya memukau,gerak tubuhnya kena dengan   situasi dan auranya begitu menyilaukan.Beliau pada mulanya berjuang di   dalam ABIM,sebuah NGO berteraskan perjuangan islah agama namun segan   untuk 'menikah' dengan PAS,sebuah gerakan Islam berteraskan politik.Ini   kerana percaturan beliau yang selama ini dimpikan ialah;memasuki UMNO   yang diketahui umum sebahagian besar gerakan islah agama sebagai   organisasi sekular yang sakit,memulihkan dari dalam,menerajuinya dan   mungkin...menggabungkannya dengan ABIM dan PAS.Sungguh indah percaturan   manusia bernama Anwar Ibrahim ini,kalau benar seperti yang dimpikannya   maka begitu suci niatnya untuk memulihkan penyakit UMNO yang membarah   dan berdarah.Betapa manisnya umat Islam jika cita-citanya tercapai.   Namun,panas yang disangka hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari.   Beliau   berjaya menyusup ke dalam Umno.Plannya yang pertama tercapai.Maka   selepas itu beliau berjaya menaiki puncak demi puncak hingga menjawat   Timbalan Perdana Menteri.Di masa-masa kegemilangan beliau,Malaysia   menikmati zaman Harimau Ekonomi.Siasah pentadbiran dan ekonomi beliau   tidak kalah dengan Dr. Mahathir.Gandingan dua insan Melayu yang bijak   pandai ini menghasilkan keajaiban sebentar,sebelum The Hidden Hand   menghantar George Soros menyerang ekonomi Harimau-harimau Asia   Tenggara.Istilah 'spekulasi' mendadak semakin popular hingga Pok Nik   Hasse di Lata Buaya di Kelantan dapat menyebutnya dengan fasih.Selepas   itu,seolah-olah dirancang,satu demi satu nasib malang hinggap di bahu   beliau.   Anwar   telah dituduh dengan pelbagai tuduhan yang pelik-pelik.Pada masa inilah   beliau diberi jawatan Peliwat Negara buat pertama kalinya.Satu tilam   tanpa cadar terpaksa diusung untuk membuktikan kesalahan beliau.Nasib   baiklah tidak diusung sekali Tivoli Villa tempat tilam tadi   bersemayam.Anwar bingkas mempertahankan dirinya.Beliau mengambil jalan   revolusi.Road show dan demonstrasi jalanan.Dan Mahathir punya alasan   yang cukup untuk menangkap Anwar dan menyumbatnya ke penjara.JIka Anwar   Ibrahim duduk diam dan bersikap tawaduk dan 'defensive' apakah jalan   Mahathir untuk memenjaranya?FIKIRKAN RAHSIA INI.   Di   dalam penjara,Anwar Ibrahim telah menerima tamparan yang paling hebat   dalam hidupnya.Dari orang No.2 dalam negara jatuh mendadak ke seorang   banduan dan yang paling menyedihkan dituduh sebagai peliwat.Hina   sehina-hinanya.Jika Anwar seorang manusia biasa yang punya   perasaan,sudah tentu ini amat-amat menekan beliau.Adakalanya ketika   waktu-waktu yang membosankan di penjara,beliau mengalami trauma yang   amat dasyat.Dibogelkan dan dipukul.Dan 1001 azab yang ditimpakan ke   atasnya,walaupun dia pernah berjasa memajukan universiti dan pendidikan   anak-anak polis yang memukulnya tadi,itu bukan persoalannya sekarang.   Jika   saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist,inilah masanya untuk   bertindak.Saya akan menghantar para pencacai saya untuk menemui Anwar di   penjara.Para pencacai saya akan bertanya khabar dengan Anwar dan   memberikan kata-kata semangat.Para pencacai saya juga akan menaburkan   janji-janji manis kepada Anwar jika dia dibebaskan nanti.Anwar Ibrahim   akan dibantu dari segi kewangan dan diberi pekerjaan.Saya akan   mengagak,sudah tentu Anwar akan ter'mindcontrol' dengan sendirinya   apabila dihipnosis oleh pakar mindcontrol saya.Teorinya tidak   susah,orang seperti Anwar yang dibenci oleh umat Melayu (media massa   dikawal oleh seorang kuli saya yang lain,maka Anwar telah dipromosi   secara besar-besaran kepada umat Melayu sebagai pengkhianat dan peliwat)   akan merasakan orang-orang yang datang ini adalah sahabat sejati yang   menolong ketika susah.Anwar dalam keadaan begini berada dalam kondisi yang amat lemah.Moral dan semangatnya amat lemah.Kekecewaan,kesedihan   dan rasa marah yang dasyat pasti menguasai diri.Di masa inilah yang   sesuai untuk saya cucukkan jarum.Anwar perlukan sokongan di masa   ini.Saya takkan biarkan musuh-musuh saya dari kalangan pengikut agama   Allah atau para ulama datang menemui Anwar dan mengatasi para pencacai   saya.Tetapi saya tahu saya ada kelebihan yang tersendiri.Memanglah ada   penyokong dia yang datang memberikan sokongan dan kata-kata semangat   termasuk ahli keluarganya,namun manusia tidak kenyang dengan hanya makan   kata-kata semangat.Hahaha...mereka tidak boleh mengatasi kunjungan   orang-orang suruhan saya.Mereka datang bukan dengan tangan kosong,tetapi   janji-janji benar tentang dana-dana dan pekerjaan yang akan diberikan   kepada Anwar selepas keluar dari penjara.Anwar sudah tentu tidak boleh   mengharapkan para penyokongnya yang miskin dan papa kedana itu untuk   mencarikannya pekerjaan.Dia musuh No. 1 negara sekarang.Adakah Anwar   akan terhegeh-hegeh membeli Utusan Melayu atau The Star untuk membuka   halaman iklaneka mencari pekerjaan bagi menyara dirinya dan   keluarganya?Fikirkan.Strategi bijak saya ini akan mengena.Saya ialah   Dajjal,Manusia Bijak.Siapa boleh lawan saya dalam hal kawalan minda dan   seni mempengaruhi manusia??Siapa Dale Carnegie?Anthony   Robbins?Neuro-Linguistic Programming?Itu semua sampah!Rubbish!Seni   mindcontrol saya lebih dasyat!   Setelah keluar   dari penjara,Anwar akan bertugas sebagai penceramah di   universiti-unversiti luar negara.Kami para Elit akan melayan beliau   dengan baik.Biar dia jauh hati dengan bangsanya sendiri yang menghina   dan menjatuhkannya ke dalam lubang tandas penghinaan paling keji dalam   sejarah hidupnya.Kami akan bentuk mindanya supaya apabila dia kembali   menjadi pemimpin di negaranya,dia akan kurang sensitiviti terhadap agama   dan bangsanya.Apabila kami akan promosikan konsep persamaan agama,dan   teka...adakah Anwar akan menuruti langkah kami?   Jika   saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah   membisikkan ke telinga saya,bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang   Mason,sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai   tahap sebanyak 95%.Logo Parti Keadilan berlambangkan 'mata satu' lambang   Dajjal The Antichrist.Anwar menyambut baik 'inter-religious dialogue'   yang sebenarnya menghentam Islam sahaja.Nama Allah boleh dipakai   penganut agama lain.Jadi mereka boleh mengukir kalimah Allah di dalam   gereja,kuil dan tokong.Anwar selalu ke luar negara dan menghadiri   majlis-majlis para pengikut Dajjal.Hak-hak Melayu-Islam semakin lama   semakin diperkosa di bawah order Anwar.Al-Gore sudah tentu idola   Anwar.HIdup Anwar kini dikelilingi Yahudi dan Nasrani yang menaburkan   hartabenda ke atasnya.Jerusalem Post menabalkan Anwar sebagai bakal   Perdana Menteri Malaysia,apa maknanya itu?Ya..ini bukti konkrit Anwar   adalah seorang Mason.Misinya hanya mahu berkuasa sebagai Perdana Menteri   Malaysia,selepas itu mungkin dia menjadi boneka atau digantikan dengan   Mason yang lebih sadis.   Namun sebenarnya ada cara lain yang lebih bermakna untuk menangani seorang 'Mason' seperti Anwar Ibrahim.   Kita   beralih pula dengan seorang lagi pemimpin Melayu.Beliau bergelar Tuan   Guru Nik Aziz Nik Mat.Beliau berjuang atas nama agama Islam.Beliau bukan   sahaja dilihat sebagai seorang pemimpin politik,tetapi seorang pemimpin   spiritual.Beliau mempunyai visi untuk menubuhkan negara Islam yang   menegakkan hukum Allah di Malaysia.Tiada apa lagi yang dapat di ulas   berkenaan manusia bernama Nik Aziz ini.Dia bukan seorang pemimpin   negara.Dia hanya ustaz biasa yang bergelar Mursyidul Am Pas.itu   sahaja.Noktah.   JIka saya seorang yang bergelar   Dajjal The Antichrist,saya akan menggunakan taktik seperti yang   dikenakan ke atas Mahathir.Saya akan dekati Nik Aziz ini.Bagaimana saya   mahu dekati dia?Dia seorang yang berlatarbelakangkan agama.Haha...tidak   susah.Malah amat senang sekali.Setiap masalah pasti ada   penyelesaiannya.Saya akan menghantar para orientalis yang hebat ilmu   agamanya,hafiz dan fasih dalam pelbagai disiplin agama Islam.Mereka saya   pastikan memakai serban besar-besar dan jubah-jubah.Mulut mesti   sentiasa bergerak-gerak,berzikir mengingati musuh No .1 saya (Allah)   kononnya...huhuhu.Nik Aziz akan didoktrin secara senyap-senyap.Dia   semakin tua.Sudah pasti tekanan kerja makin tinggi kerana keupayaan dia   makin melemah.Saya biarkan dia mengeluarkan kenyataan yang   pelik-pelik.Saya biarkan dia menerajui Pas supaya umat Islam tidak   bersatu.Saya biarkan dia mencorakkan Pas sebagai sebuah parti Islam yang   agresif.Dia akan kafir-mengkafirkan saudara sendiri dalam Umno jadi   orang Islam dalam Umno akan jauh hati dengan Pas dan semakin benci   dengan Pas dan Hukum Allah nya.Jadi biarlah Umno dengan fahaman   Sekularnya dan tidak lagi mahu berjinak-jinak dengan ajaran Islam secara   keseluruhan.Biarkan si Luncai terjun dengan   labu-labunya...biarkan...biarkan.Nik Aziz semakin tua,dan semakin   nyanyuk hehehe...lepas itu saya akan kawal fikirannya supaya lebih   banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang pelik-pelik dan akhirnya   bertentangan dengan Islam sendiri.Akhirnya parti Pas akan dicop Parti   Ajaran Sesat disebabkan gelagat Nik Aziz tadi yang sudah nyanyuk.Saya   akan pastikan dia tidak menyetujui apa jua cadangan menyatupadukan umat   Islam di dalam Umno dan Pas.Saya akan jadikan Pas itu seolah-olah Sunnah   dan Umno itu Syiah.Tidak mustahil orang-orang Pas dan Umno akan   bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku kepada   pengikut Sunnah dan Syiah di negara-negara Timur Tengah,India,Iran atau   Pakistan.   Jika saya seorang   pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan   ke telinga saya,bahawa Nik Aziz Nik Mat adalah seorang Mason,kepercayaan   saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak   75%.Kenapa?Sebab dialah Parti Pas banyak mendapat susah sekarang.Bila   Pas nak muzakarah dengan Umno,kenapa si tua ni tak sungguh-sungguh?Bila   gagal,boleh kutuk-kutuk Umno pula.Bila Hadi Awang nak buat Kerajaan   Perpaduan,si tua ni lagi yang buat masalah.Agaknya dia anggap orang Umno   ni ibarat najis anjing.Tidak boleh disentuh langsung.Haram.Nama Allah   boleh dipakai oleh paderi gereja?Biar betul si tua ni.Pelik dan semakin   pelik.Amat teruk penghinaan dia terhadap ahli Umno.Tidak beragak   langsung.Mengapa dia tidak memilih imej pemimpin berakhlak mulia dan   sopan sebaliknya memilih untuk bermulut celupar dan menjauhkan lagi   hidayah kepada orang Umno kepada agama Islam sendiri?Betul-betul pening   dengan si bangka ini.   Sebenarnya ada cara yang bermakna untuk menangani seorang 'Mason' bernama Nik Aziz Nik Mat ini.     Ketiga-tiga   manusia ini masih menerajui organisasi masing-masing kecuali yang   pertama.Ketiga-tiga mereka bertanggungjawab dengan persoalan;mengapa   tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja?Ketiga-tiganya telah memotong   kek perpaduan Melayu-Islam kepada tiga bahagian.Tiga bahagian ini cukup   untuk menghuruharakan Melayu yang memiliki dilemanya sendiri dipanggil   Dilema Melayu.Tiga bahagian ini cukup menserabutkan kesatuan Melayu   sehingga Dajjal Komunis selesa menaiki takhta pemerintahan,menggalakkan   industri babi dan arak dengan selesa.Mengapa tidak duduk berbincang dan   bersatu sahaja?   Mari kita main permainan   teka-meneka.JIka Mahathir adalah Mason,Anwar adalah orang yang mahu   diperangkap oleh Mahathir supaya dapat dikawal sehingga menjadi Mason   seperti dirinya.JIka Anwar adalah Mason dan Mahathir bukan,ini sesuatu   yang bodoh bagi The Hidden Hand.Lebih baik me'Mason'kan Mahathir   dahulu,kerana dia lebih dahulu mendaki takhta kerajaan.Anwar tidak akan   menjadi Mason yang bersusah payah mendaki takhta sehingga akhirnya   gagal.Mason perlu berjaya dengan mudah.Lihat senarai presiden   Amerika.Berapa ramai yang menjadi Mason?Berapa ramai yang tidak?Dan Nik   Aziz.   Jika dia seorang Mason,ini adalah sesuatu   yang istimewa.Dan unik.Hanya teori Thesis dan Antithesis boleh menjawab   mengapa Nik Aziz ditahbiskan di sebuah Lodge Mason.Bodohla The Hidden   Hand jika membiarkan para pejuang Islam berjuang dengan selesa dan   selamat.Mereka akan diuji.Adakah benar-benar mahu berkorban atas nama   Allah s.w.t.Atau hanya menjaga periuk nasi sendiri.   Sekarang   mari kita muhasabah diri kita.MENGAPA KITA SELALU BERSANGKA BURUK   DENGAN SAUDARA KITA YANG MENGANUT AGAMA YANG SAMA DENGAN KITA??   Cara yang lebih bermakna untuk menangani persoalan adakah mereka semua ini adalah Mason,ialah dengan KEMBALI KEPADA PENCIPTA MEREKA SENDIRI.   Mereka   berbangsa Melayu dan beragama Islam.Tidak pula Mahathir si Mahafiraun   menyembah patung Hindu atau mengisytiharkan dirinya murtad.Kita tahu dia   seorang Islam seperti kita.Jangan persoalkan imannya.Itu urusan Tuhan.   Dan   tidak pula terang-terang si Anwar Peliwat Negara mengaku dirinya hamba   Dajjal Amerika yang setia dengan misi mahu menghancurkan Islam dari   dalam,sebagai ganti misi untuk menghancurkan Umno dari dalam.Tiada.Anwar   seorang Islam seperti kita.Isteri dan anak-anak perempuannya bertudung   kemas.Tidak pula terlihat gambar Nurul Izzah berparti di disko sambil   memakai tube,skirt pendek yang menghairahkan sambil memegang Tiger Beer   dengan posing yang ceria.Tetapi anak-anak pemimpin kerajaan acapkali   'terkantoi' dengan foto-foto yang memalukan.   Anwar seorang Islam seperti kita.Jangan ragu.   Nik Aziz?Tidak perlu diulas.Jika diulas,ini namanya pembaziran.   Wahai manusia yang mengaku Islam,   Justeru   itu,tidak bolehkah kita berdoa dan bermunajat ramai-ramai sebagai   saudara seIslam kepada mereka,dengan hati penuh tulus ikhlas...mendoakan   keselamatan mereka dan tetap dalam iman.Hindarkan mereka dari menjadi   hamba Dajjal dan Iblis.Jika kita bersangka baik dengan mereka,bukan   seorang tetapi jika jutaan umat Islam bersangka baik dengan mereka   dengan ikhlas...lambat laun...sekiranya Mahathir seorang Mason   sejati,insyaAllah sudah pasti Allah akan menterbalikkan hatinya menjadi   seorang pembela agama di akhir hayatnya.Mengapa kita terus menghina dia   dengan gelaran Mahafiraun,nanti jika benarlah Mahathir Mohamad ini   seorang Mason pencacai Dajjal yang namanya tertulis di dalam Lauh Mahfuz   sebagai ahli Neraka Jahannam,sudah pasti dia akan menempuh jalan yang   amat menyedihkan dek kerana tiada siapa yang bersangka baik,membetulkan   agamanya dan mendoakannya apatah lagi mahu mengajaknya mendekati   Penciptanya sendiri.Mungkin setelah berada di alam barzah,Mahathir akan   menyumpah-nyumpah seluruh ahli Umno yang tidak membetulkan kesalahannya   dan seluruh ahli Pas kerana bencikannya dan menjauhkan diri   darinya.Na'uzubillah min zalik.   Tidak bolehkah   kita sebagai saudara seIslam kepada insan bernama Anwar   Ibrahim,mendoakan dia supaya terhindar dari pujukrayu kakitangan Dajjal   Laknatullah,ditetapkan iman dan perjuangan?   Jika kita   beramai-ramai bersangka baik sebagai saudara Islamnya sambil mendoakan   dia tetap dalam iman,insyaAllah...Allah Azza Wa Jalla yang Maha Menjaga   Hati-hati manusia,jika benarlah Anwar Ibrahim seorang Mason yang sadis   maka Allah s.w.t akan menterbalikkan hatinya menjadi pejuang Islam yang   tegar dan istiqamah.Anwar Ibrahim seorang anak Melayu yang penuh   karisma.Amat rugi jika ribuan umat Melayu memakihamun mendoakan   kecelakaannya,maka kemungkinan Anwar sebagai seorang Mason akan tetap   dengan jalannya yang sesat dan selepas menggelapar kesakitan akibat   sakarat...ohh...dia akan dicampak ke dalam lubang-lubang neraka yang   amat panas sambil ditemani ular dan jengking akibat dosanya mengikut   kata-kata kakitangan Dajjal Laknatullah.    Tidak   bolehkah kita bersangka baik dengan manusia bernama Nik Aziz Nik   Mat.Doakan dia teguh imannya dan sihat akal dan tubuh badannya supaya   kekal berjuang di dalam Islam.Adakah kita merasa mendapat kebajikan   dengan menggelar dia sebagai Nik Najis dan sebagainya.Doakan dia supaya   lebih berhati-hati dalam percakapan dan menggerakkan usaha untuk   mentarbiah dan mendekati ahli Umno supaya lebih faham agama mereka   sendiri.Jika 1000 orang Islam mendoakan kesejahteraan Nik   Aziz,insyaAllah sudah pasti 1000 oarng tadi akan mendapat   manfaatnya.Masalah tidak akan selesai jika asyik mengutuk Nik Aziz,maka   kita seolah-olah mendoakan dia supaya tetap di jalan sesat,jika dia   sebenarnya seorang pendakyah Mason yang berpura-pura.FIKIRKANLAH.   Doakan   mereka yang menerajui tiga parti terbesar orang Melayu-Islam ini supaya   diberi ilham dan hidayah oleh Allah Azza Wa Jalla supaya duduk   berbincang menyelesaikan pertelingkahan yang ada.JIka Mahathir...ya   tidak mustahil Najib sendiri secara tiba-tiba bertukar menjadi pembela   agama yang teguh,insyaAllah sudah pasti The Hidden Hand akan mendapat   stroke secara tiba-tiba.JIka Anwar Ibrahim tiba-tiba membubarkan   partinya dan mengajak semua penyokongnya memasuki Pas dan dikuti pula   tanpa banyak soal oleh para pengikutnya,maka terkejutlah Dajjal   Komunis.Akan gagallah segala perancangan laksana roket yang meletup   sebelum sempat berlepas ke angkasa.   JIKA SEMUA UMAT MELAYU BERSATU DAN MENGAMALKAN ISLAM SUNGUH-SUNGGUH,MAKA AKAN TERPEKIKLAH DAJJAL DI PULAU SINGA.   Mungkin   ini semua sebuah utopia,fikir sesetengah pesimis.Biarlah ia kekal   sebagai utopia dan tunggulah masa dan ketikanya umat Melayu akan dihina   sekali lagi,dijajah dan dihalau.Jika kebangkitan akhir zaman sepatutnya   dimiliki oleh umat Melayu,tidak mustahil Tuhan akan menggantinya dengan   umat yang lain.Dan umat Melayu akan dihapuskan kerana masih berdegil   berpecahbelah.   Tidak ada ruginya kita bersangka   baik.Tetapi memaki hamun dan berburuk sangka sudah semestinya tidak   membuahkan pahala dan kebajikan.   Allah Maha Menjaga Hati-Hati Manusia.Kekuasaan di tangan-Nya.Allah Maha Kuasa.Makhluk tiada kuasa.   ------------------------------------------------   Kami   dapati ada sebilangan pembaca yang terkeliru maksud tersirat dari   artikel ini.Nasihat kami:BACA SAMPAI HABIS.Setiap tokoh telah kami   'attach'kan dengan kutukan-kutukan oleh para pengkritik mereka.BUKAN   KAMI tapi semua itu diambil dari suara-suara dalam politik.   Kami tidak mengatakan mereka adalah Mason.Judul artikel hanyalah sensasi sahaja.   Apa   yang penting,moral yang dapat diambil dari artikel ini adalah:bersangka   baik dengan mereka dan mendoakan mereka.Itu lebih baik.   Jika   mereka sebenarnya seorang Muslim yang baik,itu adalah kelebihan.Tetapi   jika mereka sebenarnya memang penipu bangsa seterusnya seorang   MASON,berkat keikhlasan anda mendoakan dan bersangka baik dengan saudara   seagama dengan saudara Insya Allah,Tuhan akan menterbalikkan hati   mereka ke jalan-Nya.Lihat,adakah mereka seorang Mason,itu tidak penting.   Inilah yang dinamakan win-win situation,dan inilah maksud kami,   "apabila racun disuapkan ke dalam mulut kita,kita dapat mengubahnya menjadi madu yang amat manis,segar lagi menyihatkan" | 
| You are subscribed to email updates from di malim nawar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan