Isnin, 22 Oktober 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


PASPB: <b>PARIT BUNTAR</b>!!! Nizar rasmi cawangan baru PAS <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2012 06:39 PM PDT


Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perak Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin telah merasmikan penubuhan cawangan penaja berkenaan di Taman Desa Aman.
" Kehadiran lebih 300 penduduk taman dan kawasan berhampiran menambahkan semangat jawatankuasa cawangan yang baru ditubuhkan ini.
" Sebelum perasmian, Dato' Seri Nizar telah dipakaikan t-shirt PAS Taman Desa Aman dan menerima borang keahlian baru dari Ketua Penaja PAS Cawangan Ahmad Termiji Md. Nor" katanya
Menurut Hairul Nizam, Mesyuarat Agung penaja PAS Cawangan tersebut telah diadakan sebelum itu, di mana perlantikan ahli jawatan kuasa (AJK) telah dibuat dengan jayanya.
 "Penambahan cawangan PAS ini akan memperkuatkan akar umbi PAS dan mampu memperkasakan PAS kawasan Parit Buntar. 
" Penubuhan cawangan Taman Desa Aman juga akan menguatkan lagi jentera pilihanraya PAS bagi Unit Peti Undi ( UPU ) Titi Serong" katanya

Sementara itu, Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin dalam ucapan perasmiannya melahirkan tanda kesyukuran di atas penubuhan cawangan tersebut sebagai menandakan sokongan rakyat di Parit Buntar kepada PAS bertambah padu. 

 " Kehadiran penduduk yang ramai pada malam ini menunjukkan penubuhan cawangan ini mendapat sokongan penduduk setempat.
"PAS perlu memperkukuh organisasi sehingga diperingkat akar umbi supaya dapat menguasai politik yang akan diterajui kelak" katanya
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perak juga mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penaja cawangan dan semua petugas yang berjaya menganjurkan majlis perasmian cawangan dengan begitu berjaya.
Nizar menyampaikan ucapan perasmian
Penduduk mendengar ucapan penceramah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan