Khamis, 18 Oktober 2012

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina <b>Di Sitiawan</b> – Perak Today

Posted: 28 Jan 2012 02:48 AM PST

Majlis Rumah Terbuka Tahun baru Cina Bersama Pertana Menteri Di Padang Lapangan Terbang Manjung,Setiawan Meriah dengan kehadiran Rakyat

MB Kerah Bantuan Segera Dihulur Kepada Mangsa Banjir <b>di Sitiawan</b>

Posted: 27 Sep 2012 01:46 AM PDT

"Tunggu kami jadi kerajaan, baru kami tolong", demikian jawapan wakil kepada Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham apabila ditanya berhubung bantuan yang boleh dihulurkan kepada mangsa banjir kilat yang melanda beberapa kawasan itu, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata beliau difahamkan ada wakil bagi pihak Koo Ham datang meninjau kejadian itu tetapi sekadar berpeluk tubuh tanpa menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

"Dan apabila diberitahu perkara ini, saya terus mengarahkan bantuan segera diberi bagi membantu rakyat yang terjejas banjir.

"Seperti biasa, Barisan Nasional (BN) datang membantu tetapi pihak di sebelah pembangkang sekadar datang dan berpeluk tubuh tanpa memberi bantuan kepada rakyat.

"Difahamkan juga, apabila ditanya rakyat Kampung Teluk Muroh apa bantuan yang boleh dihulurkan kepada mereka, wakil pihak pembangkang itu sekadar memaklumkan tunggulah mereka jadi kerajaan baru tolong," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Parit Haji Wahab, hari ini.

Zambry berkata, penduduk di situ kemudiannya meminta wakil pihak pembangkang pulang sahaja kerana kecewa dengan jawapan yang diberikan itu.

Hujan lebat yang bermula seawal jam 1 pagi semalam mengakibatkan beberapa kawasan dalam DUN Sitiawan dilanda banjir kilat dan salah satunya ialah di kawasan Taman Mawar yang terletak dalam peti undi Kampung Cina.

Beberapa buah rumah dimasuki air hingga ke paras lutut menyebabkan barangan rumah dan peralatan elektrik rosak.

Pihak penduduk ada menghubungi Pejabat Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham namun jawapan yang diterima amat mengecewakan mereka.

Kakitangan pejabat itu menyatakan ianya bukan masalah mereka sebaliknya menyuruh penduduk  berhubung terus dengan wakil Parlimen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan