Khamis, 11 Oktober 2012

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


YANAYONET ツ: Bercuti <b>di</b> Lost World of <b>Tambun</b> dan Cameron <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 02:57 AM PDT

Pantang diajak kemana. itulah saya. baru-baru ni saya telah diajak bercuti selama sehari di Lost World of Tambun dan sehari di Cameron Highlands. memang seronok bukan main. dalam masa dua hari saya berjaya bergambar sebanyak 700 keping. hebat tak hebat lah kan. tapi sikit je saya letak dekat sini. sikit lagi saya letak di instagram dan facebook. yang beratus-ratus saya simpan untuk saya sendiri. dan semestinya untuk tatapan saya anak anak dan suami. eh bakal. hehe. jujur cakap Lost World of Tambun memang best. mandi mandi sampai kuku biru pun masih rasa macam tak puas. memang saya nak pergi lagi. banyak lagi yang saya tak sempat nak main. kononnya lepas makan saya nak mandi lagi tapi silap. lepas makan saya mengantuk dan balik hotel sebab malam ada dinner dekat situ lagi. makanan dekat situ memang best. yang buat tak best, dekat meja aku masa tu ada 4 orang lelaki yang buat-buat terbeliak bila tengok badan aku yang macam gini tapi kuat makan. kacau betul. orang nak makan dia sibuk nak interview siapa nama kerja mana umur berapa segala. ini cerita sabtu.
ahad pulak aku gerak ke Cameron Highlands. Ipoh ke Cameron Highland memang agak dekat. makanya dah alang-alang sampai Ipoh aku pun berjalan lah ke Cameron. silap silap aku bukan berjalan tapi aku naik kereta. buat kedua kalinya yay! sumpah lama gila aku simpan dalam hati nak ke sana. seingat aku last aku sampai Cameron masa aku tingkatan 3. kalau tak silap lah. 
cop! apasal belah atas tulis saya belah bawah tulis aku? ah lenjan.
di Cameron saya ambil masa agak lama dekat Ladang Teh. bergambar macam orang gila. tapi segila gila saya ada lagi yang lagi gila. saya nampak ada dua orang budak berlari atas bawah bukit sambil terjerit-jerit 'go go running man running man'. ah kesian. jumpa ladang teh terus sawan. tapi sebenarnya saya pun hampir sawan. mana tak sawannya, dah lama saya simpan hasrat ni dalam hati. memang hebat penangan Cameron ni tau. destinasi seterusnya adalah Pick Your Own Strawberries. ini seronok. dapat makan strawberry yang dipetik sendiri you. siapa tak suka kan. dan percutian saya kali ini tidak guna duit saya langsung. itu paling best.
so geng, apa destinasi seterusnya? ajak saya. saya jom kan aje.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan