Isnin, 15 Oktober 2012

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


IdaMan: Abdullah Sa&#39;amah (Pengasas Pondok Geting), Mengatakan <b>...</b>

Posted: 12 Oct 2012 12:56 PM PDT

                       Siapa Yang Tolak Hudud ?



Pengasas Pondok Geting di Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah lupa bahawa DAP adalah satu-satunya parti politik yang sangat agresif dalam menentang hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara.

Berikutan itu, katanya, sudah tiba masanya untuk Menteri Besar itu melepaskan jawatan dalam parti sebelum lebih ramai orang Melayu dan Islam terpengaruh dengan kenyataannya. Disini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan