Jumaat, 12 Oktober 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Malaysians Must Know the TRUTH: PAS <b>Perak</b> Under Danger – Part 2

Posted: 11 Oct 2012 06:15 PM PDT

Sudah baca posting yang lepas??? SINI
 Teman mendapat komen2 positive dari pimpinan2.  Ini memberi signal bahawa ramai yg menyampah dengan mamat yg sorang nie…tapi semua pakat kebam kahak dalam mulut , betoi tak?
 Pernah dengar lirik lagu nie……
" aku menulis bukan kerna nama,
dan menyatakan kasih sayangku
apa yang ada hanyalah kehidupan…."    Ramli Sarip & A. Romzi..
Kali ini izinkan teman nak citer sikit pasal satu tempat di negeri Perak dimana Parlimen nya dipanggil Tambun dan mempunyai dua Dun iaitu Ulu Kinta &  Manjoi. Lebih spesifik DUN Manjoi. Ape yg bestnya pasal Dun nie…??? Dun nie banyak pokok durian ke?? Orang nye ahli sufi ker..??
Semua yang diatas bukan jawapannya. Sebenarnya, berkisar tentang pemilihan calon
Untuk menjamin persiapan PRU 13 , kawasan nie telah mengenal pasti beberapa oanrg calon yang dikira sesuai untuk dilantik menjadi calon Pas.  Antara calon2nyer merupakan se orang doktor, peguam & pendakwah…
Untuk DUN Manjoi , Mesyuarat Harian telah memutuskan supaya cawangan2 atau grassroots yg memilih siapa yang bakal menjadi calon. Tetiba yang si doktor tarik diri, maka tinggal lah 2 orang jer yang bertanding. Dari keputusan yg diperolehi, 10 undi menyebelahi pendakwah & 4 undi sahaja yang menyebelahi si peguam.
Maka secara 'bodoh' nya, sudah tentulah pendakwah yang akan menjadi calon kerana tiada kesamaran atau undi yg lebih kurang.. Jelas perbezaan yg ketara sebanyak 6 undi. Tapi yg berlaku adalah sebaliknya, Mesyuarat Kawasan secara ' cerdik' telah memilih calon yang cuma mendapat 4 undi.
 Siapakah antara orang-orang yg terlibat yg telah membuat pertimbangan  itu…??? Antaranya Faisal Khir & Ust Lokman. Mesuarat kawasan dikepalai oleh si peguam manakala Pengarah MTD @ mesyurat harian pula si pendakwah.. maka terjadilah konflik…
Dengan segera si peguam memecat pendakwah tersebut dan dilantiknya Zarul yang sudah tentulah balaci terbaik untuk mengambil alih tugas..
Perangai hodoh …lebih umno dari umno (meminjam kata Otai manjung)
Kenapakah yg mempunyai undi terbanyak dikira tak layak…???
 Sebabnya teman nak tulis pun rasa malu…. Paling hebat…pendakwah diFITNAH songlap duit…
Kalau pendakwah kaki songlap, tak payah ler mengajor ke merata tempat…dah tentu keberkatan tak der dari ilmu yg diberikan ALLAH akan tarik Nur tu …. Mesti surau atau masjid kosong. Orang tak mahu dengar.
 Rentetan dari itu, cawangan2 telah protes dan menubuhkan Jawatankuasa bantahan.  Tiga isu besar telah dikemukakan
 Pemilihan kena mengikut prosedur biasa.. lantikan dari pemilihan Cawangan-cawangan..
Pemilihan kena mengikut prosedur biasa.. lantikan dari pemilihan Cawangan-cawangan..
  1. Pemilihan kena mengikut prosedur biasa.. lantikan dari pemilihan Cawangan-cawangan..
  2. Hentikan FITNAH yg melampau , yg mmg tak dapat dibukti
  3. Tarik balik Usul tidak ada pertandingan jawatan… kununnya arahan dari pusat
 Presentation utk menolak pendakwah ini dibuat dengan mengemukan lebih dari 10 sebab kenapa pendakwah tersebut perlu di tolak dari menjadi CALON. Ianya dilakukan oleh YDP Tambun seorang doktor yg menarik diri dari bertanding. Bila semua hujah yg dipertikaikan tidak dapat dibuktikan secara benar dan ikhlas,maka orang melihat terdapat unsur2 konspirasi yg jelas antara calon si peguam dan YDP.
 Baik sangat ke YDP dengan peguam nie…???
Ada citer pisang emas di bawa belayar ker…???
 Cuba bayangkan apa perasaan memasing bila kita buat solat hajat dan bacaan Yassin beramai-ramai bagai nak rak untuk kemenangan calon yang mcm 'gampang',  iaitu lantik calon yg nawaitu tak betul. Tuhan berkati ker…???
- media perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan