Rabu, 21 November 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Kecelakaan Treler Rempuh Pekerja Lebuhraya <b>Di Gopeng</b>

Posted: 21 Nov 2012 04:50 AM PST

Dua dari empat yang cedera merupakan kawan teman. Kami sama-sama tinggal di Taman Perpaduan, Ipoh. Mereka ialah Dino Azmi dan Shafuddin Abd. Jalil. 
Dino Azmi mengalami cedera ringan tetapi Shafuddin Abd. Jalil mengalami patah kedua kaki, tangan kiri dan koyak di kepala dan betis.
Harap agar ada pihak dari Parlimen Tambun jika tidak Menteri Kewangan Kedua sendiri untuk pergi melawat mangsa-mangsa ini terutamanya kedua-dua kawan teman ini kerana mereka 'orang kita' juga. Takziah kepada keluarga mereka yang meninggal dunia dan semoga tabah buat mereka yang tercedera. 



IPOH: Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan coklat di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, awal hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata kemalangan berlaku pada 4.30 pagi ketika lapan pekerja Propel itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

Sebelum itu, treler dari arah Johor Bahru ke Ipoh yang hilang kawalan itu merempuh kereta Proton Iswara, MPV Mitsubishi Triton, van dan lori kecil milik pekerja Propel itu yang diletak di lorong kecemasan sebelum melanggar lapan pekerja terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Empat pekerja yang maut ialah Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh dan Hafiz Yunus, 39, dari Kuala Lumpur.
Tiga daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Pekerja Propel yang cedera pula ialah Dino Azmi, 36, Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, dan Shafudin Abdul Jalil, 31.
Turut mengalami kecederaan ialah pemandu treler yang hanya dikenali sebagai Zulkifli dan kelindannya, Mohd Rozi Mat Sharif, 44.
Kesemua mayat dibawa ke HRPB manakala mangsa yang cedera dihantar ke HRPB dan Hospital Kampar bagi menerima rawatan.
Mohamad Shukri berkata, ketika kejadian, keadaan lokasi berbukit dan pemandu treler itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya semasa menuruni cerun ketika hujan renyai.
Pemandu lori terbabit akan ditahan selepas dirawat untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama

kemalangan maut menyayat hati <b>di Gopeng</b>. | FbMetro!

Posted: 21 Nov 2012 05:07 PM PST


Gopeng  "Anggota badan beberapa rakan saya bersepah di atas jalan, malah otak mereka turut hancur. Lebih menyedihkan, ketika saya mengangkat mayat seorang daripada mereka yang tubuhnya hampir putus dua akibat digilis treler."
Itu kata Abdul Nasir Abdul Rahman, 49, rakan empat pekerja kontraktor syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbunuh selepas digilis dan diseret sebuah treler lebih 10 tan berhampiran Kilometer 294.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Gopeng, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi yang turut menyebabkan enam parah itu, treler membawa coklat terbabit hilang kawalan dan memasuki lorong kecemasan lalu merempuh lapan pekerja Propel yang melakukan tugas pemasangan kabel optik di bahu lebuh raya.
Treler itu turut merempuh empat kenderaan iaitu sebuah lori satu tan, van, pacuan empat roda dan kereta Proton Iswara yang dinaiki semua mangsa untuk ke tempat mereka bekeija.
Mangsa yang terbunuh ialah Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shakin Baru, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kampung Masjid, Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur yang mati di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa, Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Taman Merawan, Kulim, Kedah pula me ninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh ketika menerima rawatan. Pemandu treler terbabit dan kelindannya parah, namun identiti mereka belum diumumkan polis.
Abdul Nasir berkata, ketika kejadian dia tidak bekerja dan tidur di rumahnya di Ipoh sebelum menerima panggilan telefon daripada rakan, Dino Azmi, 36, yang cedera dalam nahas itu.
"Dino beritahu semua rakannya melambung dirempuh treler dan saya bergegas ke tempat kejadian. Sebaik sampai, saya dapati keadaan amat dahsyat dengan semua mangsa bergelimpangan di atas lebuh raya.
"Anggota Bomba dan Penyelamat Gopeng yang berada di tempat kejadian memberi bantuan kecemasan," katanya yang juga kontraktor syarikat Propel beribu pejabat di Silibin, di sini.
Menurutnya, anggota polis yang berada di tempat kejadian kemudian mula mengira serta mengenal pasti identiti mangsa dan ketika itu baru disedari, seorang daripada mangsa, Mohd Shafie tidak ditemui.
"Saya membantu mencari Shafie sebelum menemui mayatnya terperosok di bawah lori satu tan yang dirempuh treler. Mayatnya yang hampir putus dua itu ditarik keluar dari bawah lori.
"Saya membantu mengangkat mayatnya ke dalam kenderaan polls untuk dibawa ke hospital. Mohd Shafie amat rapat dengan saya dan dia baru setahun berpindah ke Ipoh selepas bekerja di Kuala Lumpur selama tiga tahun," katanya.
Abdul Nasir berkata, dia percaya kemalangan ngeri itu berpunca daripada kecuaian pemandu treler terbabit kerana semua pekerja syarikat tempat dia bekerja sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan.
"Kami pasti akan meletakkan kon dan lampu keselamatan ketika bertugas dan kenderaan kami pula diletakkan di lorong kecemasan lebuh raya," katanya. Continue Reading... untuk berita penuh dan gambar-gambar kemalangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan