Selasa, 13 November 2012

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit: Pemasangan sistem sensor <b>di</b> Lebuhraya Ipoh~Lumut

Posted: 02 Nov 2012 11:56 PM PDT


Tempoh perjalanan dari Ipoh ke Lumut yang sebelum ini memakan masa sekitar 90 minit dijangka dapat dikurangkan kepada hanya 30 minit apabila lampu isyarat yang dipasang di Lebuhraya Ipoh-Lumut bakal dilengkapi dengan sistem 'remote sensing'.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan Pusat secara dasarnya telah bersetuju untuk memasang lampu isyarat yang dilengkapi sistem terbabit.

"Sistem lampu isyarat yang digunakan di sepanjang lebuhraya Ipoh- Lumut bakal digantikan dengan sistem remote sensing atau penderiaan jauh sebagai langkah mengurangkan waktu perjalanan yang ketika ini memakan masa sekitar satu jam 30 minit.

"Kos pemasangan yang melibatkan kos antara RM4 hingga RM5 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan dan melibatkan sebanyak 35 buah lampu isyarat di sepanjang laluan berkenaan.

"Saya dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya bahawa kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan itu mengantikan lampu isyarat dengan sistem remote sensing bagi mengurangkan tempoh perjalanan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri program Keselamatan dan Kesejahteraan Nelayan di Pulau Pangkor, hari ini.

Katanya, jarak perjalanan yang dahulunya memakan masa sehingga satu jam tiga puluh minit dijangka mampu dikurangkan melalui pemasangan sistem tersebut.

"Jika kita anggarkan satu lampu isyarat mengambil masa satu minit, saya jangka ia akan mengurangkan waktu perjalanan sehingga setengah jam," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, kerajaan negeri masih tidak tahu bila tarikh sebenarnya projek itu akan dijalankan tetapi berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Kos projek itu katanya, akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan.

SUARA PERAK: SAMBUTAN DEEPAVALI <b>DI KINTA</b> VALLEY

Posted: 03 Nov 2012 08:37 AM PDT


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 3/11/2012 di Ladang Kinta Valley.
SAMBUTAN DEEPAVALI DI KINTA VALLEY
PKR Cabang Kampar telah menganjurkan jamuan makan di Ladang Kinta Valley sempena sambutan Hari Deepavali. Jamuan ini dihadiri lebih kurang 300 orang dari warga tempatan yang terdiri daripada semua kaum. Program ini dilaksanakan atas usaha saudara Baldip Singh. Selain daripada pemimpin-pemimpin tempatan, program jamuan makan ini juga turut dihadiri oleh YB V.Sivakumar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tronoh. Pihak penganjur membuat penghormatan kepada YB V.Sivakumar dan Sdr Baldip Singh.
Dalam ucapan YB V.Sivakumar, beliau menyentuh tentang pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan selama 11 bulan di Perak. Beliau juga menunjukkan bukti-bukti bahawa PR adalah kerajaan yang lebih prihatin kepada rakyat.
Selain daripada itu, YB V.Sivakumar juga memberi penjelasan yang terperinci mengenai isu Batu Caves yang begitu hangat dipermainkan dalam media massa baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab meluluskan projek membina bangunan 29 tingkat itu  di Batu Caves. Kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan dengan semua dokumen-dokumen kerajaan yang relevan bahawa projek itu diluluskan oleh Barisan Nasional dengan restu MIC. Beliau merumuskan bahawa tindakan MIC menuduh Pakatan Rakyat dalam hal ini bagaikan 'meludah ke langit'.
YB V.Sivakumar juga menceritakan tentang kejayaan Pakatan Rakyat meluluskan 'Rajagopuram' (Bangunan Gerbang) untuk Kuil Sri Subramaniar (Kallumalai) Ipoh. MIC gagal mendapatkan kelulusan untuk projek tersebut untuk bertahun-tahun lama. Tetapi, Pakatan Rakyat  telah meluluskan projek itu dalam beberapa bulan sahaja. Projek itu  sudah dimulakan dan dalam pembinaan sekarang.
YB V.Sivakumar mendapat sambutan hangat apabila beliau berhujah mengenai polisi-polisi yang bakal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat apabila menang Putrajaya dalam PRU 13 nanti. Antaranya ialah mengenai penurunan harga petrol, penghapusan tol di Lebuhraya Utara Selatan, pemberian RM1000 setiap tahun untuk warga emas, penurunan harga kereta dan pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan