|   07 di kuala kurau - Google Blog Search   | 
| PASPB: PARIT BUNTAR!!! PAS Parit Buntar adakan ibadah korban <b>...</b> Posted: 28 Oct 2012 12:07 AM PDT  PARIT BUNTAR, 28 Okt. : Seperti tahun-tahun  sebelumnya, PAS Parit Buntar telah menganjurkan Program Ibadah Korban bertujuan  untuk memenuhi tuntutan agama dan memupuk semangat pengorbanan yang tinggi umat  Islam.   Pengarah program Fakhrurazi  Haji Khalid berkata, sebanyak sebelas ekor lembu telah dikorbankan pada hari  raya kedua di dua tempat berasingan iaitu di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan  Husin, Titi Serong dan Markas Tarbiyah Dun Kuala Kurau, Jalan Pantai.   " Bilangan lembu  untuk dikorbankan bertambah berbanding tahun lalu kerana semakin ramai yang  menyertai ibadah korban anjuran PAS Parit Buntar.    " Memandangkan ibadah  korban ini di adakan di dua tempat berasingan , maka kerja-kerja melapah dan memotong daging dapat  dijalankan dengan lebih cepat dan lancar " Katanya   Fakhrurrazi berkata, daging-daging lembu diagihkan kepada fakir  miskin dan orang ramai dalam kawasan Dun Titi Serong dan Kuala Kurau" Urusan pengagihan daging korban juga  berjalan lancar, di mana wakil PAS Cawangan datang mengambil daging korban  untuk diserahkan kepada fakir miskin di Cawangan masing-masing".   " Selain  lembu yang dikorbankan pada hari ini , terdapat beberapa ekor lembu lagi telah  diagihkan kepada cawangan PAS untuk dikorbankan di tempat mereka" katanya   Beliau mengucapkan  terima kasih kepada semua yang telah membantu menguruskan ibadah korban PAS Kawasan  Parit Buntar pada tahun ini     " Petugas-petugas yang terlibat tanpa mengira penat  lelah dan habuan, mereka bekerjasama dan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah  yang amat dituntut ini.    " Program ibadah korban ini juga merapatkan ukhwah  islamiah, program ini juga mampu membangunkan kehidupan masyarakat yang harmoni  dan mematuhi arahan agama.Tambahnya, selain program ibadah korban yang  dianjurkan oleh PAS Parit Buntar. Program ibadah korban ini juga dilaksanakan  oleh ahli-ahli PAS Cawangan di Markas, Surau dan Masjid tempat masing-masing. " PAS Parit Buntar sangat mengalu-alukan ibadah korban yang dilakukan oleh PAS Cawangan di tempat masing-masing.   "" Kegigihan ahli  dan penyokong PAS di cawangan patut dipuji. Ini salah satu daripada sumbangan  khidmat kebajikan kepada umat Islam setempat" katanya   Turut hadir ialah Pesuruhjaya  PAS Perak Abu Bakar Husin yang turut menyembelih dua ekor lembu yang  dikorbankan.     Program Ibadah Korban di Titi Serong     Program Ibadah Korban di Kuala Kurau    | 
| You are subscribed to email updates from di kuala kurau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan