Isnin, 26 November 2012

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


mb zambry buat hal lagi <b>di lenggong</b> @perak - Kamunting Central

Posted: 25 Nov 2012 10:15 AM PST

Kerajaan Negeri meminta pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIAk) supaya merangka pelan pembangunan kawasan Lenggong selepas ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, terdapat dua kawasan bertaraf dunia di Hulu Perak yang mana satu daripadanya adalah kawasan Belum yang merupakan antara Hutan Hujan Tropika terpelihara.


Menurutnya, selain itu Kerajaan Negeri turut mengisytiharkan kawasan Lenggong sebagai tapak warisan dunia yang telah diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).


"Berdasarkan dua perancangan besar ini, satu telah dibangunkan melalui pelan bertindak oleh NCIA dan terbaru kita mengarahkan NCIA supaya dapat bersama-sama merangka kawasan Lenggong.


"Selain itu, usaha pembangunan kawasan itu turut dibantu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)," katanya kepada media selepas Program Walkabout Bersama Menteri Besar di Daerah Hulu Perak, kelmarin.


Pada 1 Julai lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama, Dr Rais Yatim mengumumkan Lembah Lenggong diiktiraf secara rasmi sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco.


Rais berkata, penemuan bersejarah dari tapak arkeologi di situ membuktikan ia penempatan manusia dari zaman Paleolitik dan juga sebagai satu penonjolan dunia oleh Unesco.


Mengenai lawatan ke Daerah Hulu Perak, Zambry berkata, beliau berpuas hati dengan aspek pembangunan dan gerak kerja yang dilaksanakan oleh semua wakil rakyat di daerah itu.


"Saya melihat ini adalah dua kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan berdasarkan tinjauan yang kita buat, respons rakyat di kawasan ini adalah begitu baik sekali," jelasnya.


Pada kunjungan itu, beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM615,000 bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur di Parlimen Lenggong, antaranya membina jambatan dan jalan di Kampung Sawa.


Terdahulu, Zambry yang turut diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Nayan dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Gazali Jalal telah menghadiri Majlis Penyerahan Hak Milik Dan Bantuan Bencana Di Kampung Sawa, Kenering.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan