Rabu, 28 November 2012

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Nora Aniza: Beza Makanan <b>di Tanjung Malim</b> dan Pasir Puteh

Posted: 22 Nov 2012 07:11 PM PST

Sebagai orang Kelantan, tambah-tambah orang kampung macam aku ni, makan nasik sebagai sarapan pagi pada pukul 7 pagi adalah kebiasaan dan amalan seharian. Tak lengkap hidup kalau tak makan nasi pagi. X ada pulak mak aku sediakan aku sarapan pagi roti dengan inti tuna atau apa-apa sahaja ala western. Kalau ada tu ada, tetapi nasik akan menjadi keutamaan. Lepas makan nasik kena ada kuih muih, barulah ditambah dengan roti, penkek McD dan sebagainya. Menu sarapan pula seperti nasi minyak, nasik lemak, nasik goreng, nasi beriani, pulut nasik, nasik berlauk dan semuanya yang berasaskan nasik.
Lauknya sangat istimewa, mesti ada ayam pedas, ayam kicap, ayam gulai, ayam bakar, daging bakar, daging goreng, daging black paper, ikan bakar, ikan gulai yang macam-macam pesen dan banyak lagi. X ada istilah "saya tak makan pagi" dalam kamus hidup orang Kelantan.
Kalau mak aku malas nak masak sekalipun, sarapan nasik akan dibeli dari luar. Di sepanjang jalan di negeri Kelantan anda akan mendapati ada orang jual nasik pagi di mana-mana sahaja. Seawal pukul 6.30 pagi orang dah setat meniaga, dan seawal pukul 8 pagi semua nasik akan habis dijual. Jadi, bangun Subuh awal-awal dan terus bersiap untuk mencari nasik.
Dan nasik putih (dalam kuantiti yang banyak) + ayam pedas (1 ketul besar) + acar (pun banyak jugak), anda hanya perlu membayar RM1.50- RM2.00 untuk nasik yang mengeyangkan sampai petang tersebut. 
Tapi kat Tanjung Malim, pukul 10 kedai nasik tak buka lagi. Apelah kan, aku pagi-pagi aku lapar. Kul 10 tu kalau kat kampung aku makan tengahari dah tu. Tapi di Tanjung Malim kul 10 baru aku sarapan. Sangat tidak baik untuk kesihatan dan menjejaskan projek diet aku!
Kenapa orang sini tak serajin orang Kelantan? Pastu nak kaya macam orang Kelantan, tapi kijo malas. Patut aku tengok pakcik tu pelajar UPSI berduyun-duyun ke kedai dia tapi tak kaya-kaya pun, duk pakai je Wira buruk dia tu, itulah. Pagi-pagi tu pintu rezeki terbuka luas. Tapi orang Melayu kita? Pagi-pagi kul 7 mata pun tak terbukak lagi! Tak macam orang Kelantan puok nih! Geram aku!
Kenapa aku geram? Sebab aku takleh sarapan nasik pagi. Kenapa tak masak sendiri? Tak sempat la. Kul 8 dah setat kelas. Kalau ada mak boleh mak masakkan. (alasan yang munasabah kan)
Pastu kat Tanjung Malim nie makanan mahal-mahal. Contohnya nasik lemak bodoh-bodoh, dijual RM1.50. Awak tahu tak apa itu nasik lemak bodoh-bodoh? Yang dijual kat depan kampus tu, macam tu la. Nasik lemaknya mengandungi hanya sedikit nasik, telur 1 bijik yang dibelah 6, sambal bilis yang bawangnya lebih banyak daripada bilis (kadang-kadang bilis sekor pun takde), timun 1 kerat, kacang 4 bijik dan sambalnya berminyak! Macam tu jual RM1.50. 
Aku bukan nak tipu tapi ini kenyataan, dengan serendah RM1.50, di Kelantan anda akan mendapat nasik lemak cerdik bukan nasik lemak bodoh-bodoh macam kat sini. Nasiknya banyak dan sudah tentu berlemak, sambal bilis dengan ikan bilis, telur sebijik dibahagi 2 dan rasanya sangatttttt sedap.
Kalau awak orang Kelantan, awak akan cakap, betul betul betul. Tapi kalau awak orang bukan Kelantan, silalah lawati sendiri negeri Kelantan. Orang Kelantan masak sedap jadi silalah cari calon isteri orang Kelantan. 
Kenapa orang Kelantan ramai di IPTA di Malaysia? Salah satu faktornya ialah kerana mereka mengambil sarapan berasaskan nasik. Dan kajian telah pun membuktikannya. Sarapan nasi membuat tubuh mendapatkan pasukan glukosa yang cukup kerana nasi mengandung karbohidrat yang tinggi. Glukosa ini akan dialirkan ke otak melalui darah sehingga otak dapat bekerja optimal.
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.
Nampak tak? Apa kaitan nasi dengan otak? Jadi, makanlah nasik untuk kebaikan otak.

Comel-comel sokmo :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan