Jumaat, 23 November 2012

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


“Ada Udang di Balik Batu” <b>di Tanjung Piandang</b> « Lampu dan <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2012 06:53 AM PST

Oleh Rizal Yob Ipoh
image

Tanjung Piandang, 21hb November 2012 – Lawatan mengejut GGT NUBE Ipoh telah mengejutkan pengurus di bank tunggal di sini. "Sudah lama saya tak tengok Nube sampai sini…bila mau naik gaji…kalau you orang naik kita akan naik gaji jugak…mesti lawan kuat-kuat sikit kasi gaji besar…" kata pengurus berkenaan yang juga berasal dari Miri Serawak itu.

Lantas kami kami memaklumkan kepadanya tujuan kami berenam hadir ke cawanganya untuk berjumpa ahli-ahli Nube di banknya untuk bertanya khabar.

image

Sebelumnya kami telah menerima aduan salah laku pegawai – pegawai di bank ini melalui ahli yang menghubungi Nube Ipoh. Laporan menyatakan bahawa ada beberapa pegawai meninggikan dan mengherdik suara yang kasar kepada ahli – ahli Nube dan beberapa pegawai disitu.

image

Perkara yang berlaku ini telah disahkan oleh ahli – ahli dibank ini sebelum perjumpaan antara
pengurus dan kami semasa risikan yang kami lakukan kepada ahli.

Antara aduan serius adalah jika "shortage" teller diarah membayarnya dan dituduh tidak amanah iaitu merujuk kepada kes baru-baru ini.

Berbalik kepada perjumpaan itu, pihak kami menyatakan kepada pengurus itu bahawa pihak kami akan berjumpa ahli – ahli dan reaksinya adalah beliau seolah tidak selesa dengan permintaan daripada kami, namun beliau membenarkan  diadakan di bilik khas bersebelahan biliknya.

Mesyuarat yang berlangsung antara ahli – ahli dan GGT Nube Ipoh disifatkan berjaya kerana lanjutan daripada mesyuarat ini ahli telah bersemangat untuk mara menentang penindasan yang berlaku

Sekian laporan yang disediakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan