Ahad, 2 Disember 2012

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


BUAT CERAMAH TIADA SAMBUTAN!!! UMNO <b>Bukit Gantang</b> edar

Posted: 24 Oct 2012 03:37 PM PDT

Parlimen Bukit Gantang hari ini agak panas sikit walaupun cuaca hujan sebelah awal petang,dibeberapa tempat di DUN Changkat Jering,DUN Terong dan DUN Kuala Sepetang di dapati terdapat beberapa banner provokasi dinaikan oleh pihak yang dipercayai geng tiada thulur….UMNO le tu…..hehehe…
Tak cukup dengan banner-banner yang memaparkan ayat-ayat bodoh,yang amat mudah diteka dari pihak mana yang buat, berpuluh ratus keping CD dan risalah di campak tinggal dilokasi-lakasi yang tidak wajar.
Ada ke patut CD yang bertajuk "Realiti Politik Melayu Islam" yang konon-nya untuk Ahli PAS ditinggalkan disurau-surau sekitar Bukit Gantang.
Aku dah lama tengok isi cerita CD tu….biasa la..filem 1 jam lebih  yang  terang-terang dari kerja UMNO. Isinya hanya sentuh hal melayu khususnya di Perak. Semua fakta dan sumbernya 100% auta kelentong UMNO semata-mata..hehehe..
Kenapa sekarang UMNO Bukit Gantang semakin sasau..???

Salah satu banner provokasi yang di naikan
Ini kerana UMNO Bukit Gantang sudah  semakin senak thulur. 
Siri-siri ceramah yang UMNO buat di Bukit Gantang ketara tiada sambutan, aku sendiri dapat tengok keadaan  beberapa ceramah UMNO yang sempat aku pegi skodeng…hehehe…
UMNO konon-nya nak lawan ceramah PAS yang jaraknya amat dekat dengan lokasi yang mereka pun buat ceramah.
Disebabkan nak bagi ramai datang...terpaksa UMNO buat ceramah dalam kenduri..makan free, silap-silap duit poket 20 hinggit pun dibaginya..hehehe...
Malangnya kehadiran tetap tak ramai...indah sound sistem dari suara pengerusi UMNO  je..hehehe....
Lagi satu yang bestnya  ialah dalam ceramah UMNO tersebut  juga ditayang CD yang sama juga seperti yang di edarkan hari ini.
Kan dah kantoi…hehehe…kata untuk Ahli PAS saja…tapi yang pasang kat ceramah UMNO tu apa kejadahnya….hehehehe…
Nampaknya Ketua UMNO Bukit Gantang YB Rosli dah semakin kelam kabut sekarang, media TV arus perdana dan media cetak pun dah tak boleh dijadikan senjata UMNO. Ramai yang tak percaya.
Buat ceramah pun tiada sambutan dan sekarang buat kerja bodoh sebar provokasi murahan…tapi kantoi….hehehe….
Menurut sumber hari ini beberapa laporan Polis telah dibuat berkaitan kejadian ini.
Gambar-gambar kantoi UMNO Bukit Gantang

Ceramah di Taman Kuning Sari Vedio CD  "Realiti Politik Melayu Islam" di tayangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan