Isnin, 3 Disember 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


ernab kakura: holidayinggggg:)

Posted: 03 Dec 2012 07:27 PM PST

Assalamulaikum hye people!!

Currently aku sedang berada di Selangor, to be specific, di UPM, to be specific lagi, di office Sue tengah tunggu beliau menyudahkan kerja2 lab lepas tu boleh la keluar dia nak pegi carik barang, hihi.

Aku start 29hb malam aritu da start travel. Malamnya naik bas gerak pergi Lumut, Perak. To be honest itu adalah kerja gila and scary jugak la bagi aku sebab aku tak pernah pun sampai Lumut. Then ambil bas malam pulak, which means akan sampai Subuh kat Lumut. And Mira pun belum tentu boleh sampai by the time aku sampai sebab dari Hutan Melintang ke Lumut kalau tak silap aku laa lebih kurang 60km something kot. Lepas beli tiket memang rasa bersalah kat Mira tapi she kept saying it's oke it's oke. In fact dia pulak yang cakap kesian kat aku sebab akan sampai awal pagi tapi takut dia yang tak sempat sampai awal nak ambil aku. Thanks tau Mira, huu. Oh yes, untuk pengetahuan, Mira tu housemate tu, and main tujuan aku ke Perak adalah untuk menghadiri wedding classmate aku iaitu Laila pada 1 Disember, manakala tujuan kedua of course la nak lepak2 dengan my housemate ni, hehehehe. Sebagaimana yang aku pernah cakap sebelum ni, wedding kawan-kawan aku, selagimana aku boleh attend, mampu attend, aku akan attend;)

Pergi wedding Laila, jumpa kawan2. First gathering after the old school days, sobs. Ada aku, Mira, Laila sang pengantin of course, Imah, Melor, Ehah, Rid, Wan, dan Syu. Ni kira ramai dah pada aku, seronok, hihi:) Wedding Laila kat Tapah. And ni 2nd time aku datang rumah Laila. Dulu time study dah pernah datang tidur sini seminggu dengan Syu sebab buat PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) kat sini dengan Laila. Rumah Mira pun aku dah pernah tidur seminggu gak dulu2 bersama Ana atas tujuan yang sama, PBS.

Sepanjang kat Perak, Mira and ayahnya bawa aku pergi Lumut, yang first day aku sampai tu kan, sebab dah dekat dah. Actually bas aku tu tiket cakap Lumut, tapi bas berhenti kat Sri Manjung. Aku pun tak tahu tu stesen bas Sri Manjung. Sampai la bila Mira datang nak ambil aku, tapi kitorang tak jumpa masing-masing kan. Tanya makcik kat situ, rupanya ni kat Sri Manjung. Ces bukankah itu sudah menyusahkan orang+_+ Apapun, Lumut sangat kecil and jeti cantiikkkk. Kat sini ada jeti nak pergi Pulau Pangkor. Dari tepi jeti ni boleh nampak la tempat yang TUDM tu, tapi sayup-sayup je di seberang sana, hehe.

Then Mira bawa aku ke Bagan Dato' juga, tengok Selat Melaka. And time kitorang sampai tu, rupanya baru lepas berlaku kemalangan. Ada bas yang langgar tiang jeti tu sampai ada tiang jeti tu yang runtuh. Memang depan bas tu hancur la dengan kaca semua. Ada pakcik kat situ cerita2 la kat Mira, aku dengar je sebab dia guna bahasa Perak, which is boleh difahami, tapi tak reti dijawabi, hehehehe. And then singgah rumah opah Mira yang saaaangat peramah. Suka sembang ngan opah, ada je cerita dia, hihi.

Basically macam tu lah hari-hari aku di Hutan Melintang. Sebab first day sampai rumah tu dah collapse sampai pukul 3.00 petang lebih. Seriusly mengantuk gile sebab malam naik bas tak boleh tidur sebab ikut jalan Grik kan bersimpang-siur+_+ Then esoknya pagi bangun siap2 pergi rumah Laila. Petang balik tu terus pergi Bagan Dato', singgah rumah opah. Malam tengok bola *yeay Malaysia memang 2-0 dengan Indonesia, but still aku nak tengok Apek jugak masuk padang, huuu* Then esoknya pagi siap2 nak pergi Shah Alam dengan family Mira. Kalau ikutkan aku nak naik bas je. Tapi sebab Mira tanya kalau nak pergi Shah Alam, boleh pergi bersama sebab dia pun nak pergi rumah makcik dia kat sana. So aku pun ikutlah bersama. Rupanya tak jauh pun ek Hutan Melintang dengan Shah Alam. I can say around 2 ke 2 jam setengah camtu je naik kereta. Before ni pernah la aku naik bas dari Shah Alam ke Hutan Melintang, tapi rasa macam jauhhhh je, hihi.

Oke I need to stop here sebab Sue pun jap lagi dah nak siap kerja lab dia. Akan disambung nanti, in shaa Allah kalau anda2 sudi baca, hikhik. Bye peopleee :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan