Rabu, 5 Disember 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Naik Taraf Gerai Kecil <b>Di Manjoi</b>

Posted: 29 Nov 2012 11:53 PM PST

MANJOI – Sebanyak 21 gerai kecil akan dinaik taraf bagi meningkatkan imej dan menawarkan keselesaan yang lebih baik kepada pengunjung di Jalan Baru di sini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, peruntukan berjumlah RM200,000 telah disediakan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang kini telah menjalankan kerja-kerja naik taraf berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ia bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengunjung tetapi akan meningkatkan taraf ekonomi penduduk yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan itu.

"Dengan landskap dan kemudahan tempat letak kereta itu dijangka dapat memberi impak positif kepada semua untuk menjalankan urus niaga sekaligus ekonomi penduduk juga dapat ditingkatkan.

"Kini pembinaan telah 70 peratus disiapkan dan peniaga dapat menjalankan aktiviti perniagaan pada Februari tahun depan," katanya.

Beliau turut menyerahkan cek peruntukan berjumlah RM200,000 kepada Ketua Kampung, Syed Fairuz Syed Abas sebelum diserahkan kepada MBI di Kampung Tengku Hussein di sini

Popularity: 1% [?]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan