Khamis, 20 Disember 2012

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Kemusnahan kawasan tadahan air <b>Pengkalan Hulu</b>! : Media Perak

Posted: 23 Nov 2012 05:53 PM PST

×

Kisah ni pernah di paparkan kat MediaPerak. Kisah berkenaan pembalakan yang berleluasa yang sedang berlaku di Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu, Perak. Bagaimana penduduk telah bersatu padu bersepakat untuk menghalang pembalakan yang mengancam ekosistem semua pihak yang tinggal berhampiran dengan kawasan sekitar Pengkalan Hulu.

×

Penduduk kampung bukan sengaja nak menghalang jika ianya tak mendatangkan keburukan kemudian hari. Kini telah terbukti apa yang di takuti akan terjadi, telah pun terjadi. Kawasan tadahan air bagi seluruh penduduk Pengkalan Hulu termasuk Klian Intan bergantung kepada sumber air yang menjadi lokasi pembalakan yang di luluskan oleh kerajaan negeri. Air sungai yang menjadi sumber penduduk sekitar telah berubah warna. Apakah ini pun mungkin strategi untuk memaksa penduduk kampung beralih untuk membeli air dari LAP yang dengar ura2 cerita akan di swastakan jika Umno/BN kekal berkuasa selepas PRU 13 nanti.

Pelik? Kenapa perlu bayar sedangkan Allah S.W.T telah memberikan sumber air tersebut secara percuma sahaja. Kalau pun sumber air tu perlu di proses, apa salahnya jika pihak yang memproses air tu mengambil balik kos yang di keluarkan, bukan nak mengaut untung seperti yang telah berlaku di Selangor kini berkenaan dengan isu Syabas.

×

Air sungai yang dulunya tetap jernih biarpun hujan lebat kini telah bertukar warna dengan begitu drastik sekali. Apakah ini harga yang perlu dibayar oleh penduduk kampung hanya kerana ada segelintir hamba rakyat yang tamak haloba, memunggah hasil hutan dengan rakus. Merobek tanpa memikirkan kesannya kepada generasi akan datang?

Mana pihak berwajib yang sepatutnya mempertahankan kawasan tadahan air terbabit? Jangan hanya kerana mengejar keuntungan, nasib penduduk langsung tak di perdulikan lagi.

×

Aku rasa penduduk kampung kat situ semua pun berpendapat macam aku jugak rasanya. Aku tak tolak kemajuan yang nak di bawa oleh mana pihak pun, tak kira dari pihak mana sekalipun amat2 la di alukan cuma kemajuan yang nak di bawa tu selari tak dengan warisan yang terpaksa dikorbankan demi kemajuan tersebut.

×

Kalau rosak, punah, ranah, jahanam, lingkup habis semuanya, tak maju pun tak ada masalah bagi aku asalkan hidup tenang, aman damai dengan suasana kampung yang nyaman. Buat apa kalau maju tapi hidup tak tenang. Tu yang aku rasa, tak tau la pulak ada manusia yang suka hidup serabut, hingar bingar, kelam kabut tak tentu arah macam tu.

keh keh keh keh keh keh keh keh..

p/s : Gambaq aku cilok dari group Sembang Politik Anak2 Pengkalan Hulu..

Related posts:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan