Jumaat, 14 Disember 2012

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


aeon <b>seri manjung</b> tawar 1000 peluang pekerjaan - bicara perjuangan

Posted: 08 Dec 2012 12:30 AM PST

AEON Co (M) Berhad terus mengembangkan lagi empayarnya apabila membuka sebuah lagi cawangan pusat membeli belah AEON di Seri Manjung yang beroperasi sejak 4 Disember lalu.
Selepas pembukaan cawangan di Ipoh Station April lalu, Seri Manjung merupakan outlet ketiga di negeri Perak selain AEON Kinta City.
Pengerusinya, Datuk Abdullah Yusof berkata, pembukaan AEON cawangan Seri Manjung itu menandakan satu lagi pencapaian syarikat itu dalam menambah bilangan cawangan di seluruh negara.
"Ia sejajar dengan hasrat kami sejak ditubuhkan 28 tahun lalu bagi membantu memajukan perkhidmatan peruncitan serba moden untuk memenuhi keperluan pengguna di negara ini," katanya.

Abdullah berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Pembukaan Pusat Beli-Belah AEON cawangan Seri Manjung, sebentar tadi.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir diberi penghormatan merasmikan pusat beli belah terbaru AEON itu yang dibina di kawasan seluas 31.26 ekar dengan kos perbelanjaan bernilai RM44 juta.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdullah berkata, Manjung merupakan kawasan strategik kerana berpotensi mempunyai kemajuan pesat berdasarkan pelbagai perancangan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.
Sementara itu, Pengarah Urusannya, Nur Qamarina Chew Abdullah berkata, pembinaan AEON Seri Manjung ini berbeza dengan yang cawangan lain apabila mengadaptasikan konsep Pusat Beli – Belah Komuniti Anda.
"Kini penduduk sekitar pusat beli-belah boleh menganggap ia sebagai sebahagian daripada mereka kerana berkedudukan strategik dan bersesuaian bagi memenuhi segala keperluan mereka," katanya.
Pembukaan cawangan di kawasan itu juga telah berjaya menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk sekitarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan