Isnin, 24 Disember 2012

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


siapa dalang sms roboh kuil <b>di tanjung rambutan</b>..??? - bicara <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2012 01:30 AM PST

TANJUNG RAMBUTAN - Parti Progresif Penduduk (PPP) Tambun membuat laporan polis bagi menggesa siasatan lanjut berhubung penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) membabitkan isu roboh sebuah kuil lama, di sini.

Ketuanya, N Vijaya Chandran berkata, PPP menganggap siasatan itu penting kerana SMS berkenaan dipercayai satu cubaan untuk menimbulkan situasi huru hara dalam kalangan masyarakat India.

Menurutnya, sms yang tersebar sejak minggu lalu diyakini mempunyai motif tertentu apabila turut mengaitkan beberapa nama pimpinan kawasan.

"Kita mahu tahu siapa dalang di sebalik penyebaran SMS seumpama ini. Ia merupakan satu tohmahan yang tidak bertanggungjawab dan mengelirukan masyarakat India di kawasan ini," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, Kuil Samaypuram Sri Mariamman Tanjung Rambutan sebelum ini, menerima pelbagai peruntukan daripada kerajaan menunjukkan, kewujudan kuil itu mendapat perhatian.

Justeru katanya, adalah mustahil sekiranya kuil berusia lebih 100 tahun itu mahu dirobohkan semata-mata mahu memberi laluan kepada pembinaan bangunan empat tingkat.


"Perkara seperti ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan, jika silap penilaian mungkin boleh membawa kepada rusuhan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan