Jumaat, 7 Disember 2012

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Mangsa banjir <b>di Teluk Intan</b> meningkat kepada 278 orang <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2012 06:23 PM PST


IPOH - Jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak meningkat daripada 269 orang kepada 278 orang setakat 9 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata semua mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Kawasan yang terbabit ialah Kampung Batu 8, Changkat Jong, Kampung Selabak dan Kg Degong, Sungai Rambai dan mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu 7, Changat Jong, surau dan dewan serba guna Sungai Manik, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata air masih bertahan antara 0.5 meter hingga 1 meter di kawasan terbabit.

Mereka dipindahkan sejak empat hari lepas berikutan hujan lebat menyebabkan air dari Sungai Bidor melimpah ke kampung terbabit.

Semua mangsa banjir dipindahkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta polis.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan