Rabu, 12 Disember 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Kerajaan <b>Negeri Perak</b> Komited Benteras Rasuah, Salah Guna Kuasa

Posted: 08 Dec 2012 06:28 AM PST

IPOH – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) muncul agensi pertama di Perak memeterai ikrar persefahaman bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, ikrar yang ditandatangani oleh SADC itu mampu melicinkan lagi struktur pentadbiran dan perjalanan agensi berkenaan.

Menurutnya, Ikrar Integriti Korporat atau Corporate Integriti Pledge (CIP) yang ditandangani antara pihak SADC dan SPRM menggambarkan komitmen tinggi agensi Kerajaan Negeri Perak itu dalam memerangi rasuah.

"SADC telah mengambil langkah yang sangat proaktif dalam memastikan institusi dan agensi termasuk juga para pekerja di bawahnya dapat melakukan tugas sebaik-baiknya.

Kerajaan Negeri Perak mengalu-alukan dalam usaha memastikan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dapat kita basmi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Perbadanan Pembangunan Pertanian (SADC) di Bangunan SUK, Ipoh.

Dr. Zambry berkata, beliau turut mencadangkan agensi serta syarikat di negeri tersebut menyahut seruan Perdana Menteri untuk turut sama membanteras gejala rasuah dalam organisasi mereka.

"Ini merupakan satu pendekatan proaktif yang kita laksanakan dan kita juga sedang merancang untuk memperkenalkannya kepada agensi yang lain pula bagi memastikan perjalanan agensi tersebut dapat berjalan dengan
baik," katanya

Popularity: 1% [?]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan