Isnin, 21 Januari 2013

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Dr.Zambry optimis DAP bakal kecundang <b>di Beruas</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2013 04:54 PM PST

Dewan Undangan Negeri Pantai Remis serta Parlimen Beruas di Perak dengan tidak semena-mena menjadi kubu DAP serta berimejkan sebuah kawasan yang hampir mustahil direbut semula oleh Barisan Nasional.Kawasan ini diwakili oleh dua tokoh DAP yang dikenali dengan panggilan adik beradik, Ngeh Koo Ham bagi kawasan parlimen, manakala sepupunya, Nga Kor Ming, bagi DUN Pantai Remis.

Ngeh dan Nga berjaya meletakan diri mereka sebagai pemimpin masyarakat Cina di kedua-dua kawasan itu. Bahkan Beruas dan Pantai Remis dikenali oleh penduduk tempatan macam juga Ipoh Timur.


Beliau juga meramalkan kawasan parlimen Beruas yang diwakili sepupu Nga, Ngeh Koo Ham juga bakal dimenangi BN semula, mengulangi zaman gemilang di era Lim Keng Yaik.Mengenai calon yang bakal diketengahkan, Dr.Zambry berkata mereka sudahpun dikenalpasti namun enggan menamakan. Dia tersenyum kepada soalan calon BN kali ini.Katanya "kita telah mengenalpasti mereka yang bakal bertanding di DUN Pantai Remis", sambil menjelaskan belum masa mendedahnya.Katanya calon BN yang dilihat berpotensi bakal melakukan kejutan kerana mereka telah bekerja dengan begitu kuat. Ia bakal memberi kejutan pada DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan