Isnin, 14 Januari 2013

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Pelajar wanita UTM lemas berenang <b>di</b> pusat sukan — Sinar Harian <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2012 08:04 AM PST

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Malaysia ditemui mati lemas di dalam kolam renang di pusat sukan universiti itu di Skudai di sini petang semalam. Siti Izzati Hasim, 19, pelajar tahun satu kejuruteraan biosains disedari lemas kira-kira 6.45 petang.

Mangsa yang berasal dari Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur sebelum itu dilapor pergi untuk berenang di pusat sukan itu bersama lima rakannya yang lain. "Rakan-rakannya hanya menyedari kehilangan mangsa apabila mereka keluar dari kolam dan setelah mencari, mereka menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar kolam," kata Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Utara, Supt Beh Eng Lai.

Beliau berkata pengawal keselamatan kemudiannya membawa mayat mangsa keluar dari kolam kira-kira 7.20 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Sementara itu Timbalan Pengarah Sukan UTM, Armadi Ahmad yang dihubungi berkata mangsa merupakan anggota Palapes Laut UTM telah biasa menggunakan kolam renang itu.

"Ketika kejadian, kumpulan ini tidak diawasi jurulatih mereka atau penjaga kolam renang. Difahamkan sebelum mangsa ditemui lemas, penjaga kolam telah memanggil mereka untuk naik selepas tamat masa menggunakan kolam iaitu kira-kira 6.45 petang dan ketika itulah kehilangan mangsa disedari," katanya.

Menurutnya, pihaknya merasa kesal dengan kemalangan itu dan akan mengambil langkah segera untuk mengelak kejadian yang sama daripada berulang. – Bernama

Incoming search terms:

  • eksiden di jelapang 30 dec (2)
  • kemalangan di jelapang 31 december 2012 (1)
  • laporan kehilangan seorang pelajar universiti malaya yang hanya disedari semalam dijumpai (1)
  • lori balak (1)
  • lori balak 2012 (1)
  • no kemalangan tmk (1)
  • pelajar UM hilang (1)
Baca Lagi Yang Lebih Menarik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan