Ahad, 27 Januari 2013

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Manager “Busuk Hati” MenJERAT “Marloand” <b>di Kampar</b> « Lampu <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 12:00 AM PST

Oleh Muhammad Syukri bin Mustapha

Mr-X-QuitThe925.com_Rumah Kesatuan, 10 Januari 2013 – Ketika NUBE Ipoh sedang sibuk berbincang mengenai persiapan piket CIMB Perangin Mall Pulau Pinang kami dihubungi oleh seorang pegawai bank yang mengadukan hal seorang ahli NUBE dicawanganya "Marloand" (bukan nama sebenar) yang bermasalah di Kampar Perak untuk pihak kami membantunya atas satu kes yang telah berlaku 6 bulan yang lalu untuk bantuan lanjut.

Sebelum itu, penulis pernah menghubungi ahli ini tetapi kesukaran menghubunginya menyukarkan tugasan kami selanjutnya. Namun setelah enam bulan berlalu timbul semula masalah kerana pihak audit telah datang ke cawangan berkenaan dan menyoal siasat kejadian sebenar.

Mengikut sumber dari "Marloand" setelah beliau datang sendiri kesini memberikan keteranganya kepada kami, beliau menyatakan kes Access (lebihan wang) pelanggan telahpun DITUTUP oleh managernya 6 bulan lalu tetapi kini beliau menghadapi pertuduhan serta diambil keterangan mengenai kejadian itu semula oleh pihak audit banknya.

Menurutnya lagi, kejadian yang berlaku sehari sebelum beliau pergi bercuti berkahwin itu katanya, berlaku kerana transaksi yang dilakukan oleh seorang pelanggan dikaunternya memasukan sejumlah wang ke akaun pihak ketiga "meragukan" setelah 2 minggu selepas kejadian. Setelah disemak transaksi tersebut oleh pegawai bank berkenaan, didapati "Marloand" telah memasukan jumlah yang salah semasa mendeposit akaun berkenaan dihadapan pelanggan itu. Cuma selepas 2 minggu berlaku kejadian barulah pelanggan itu sedar dan datang semula ke bank dan membuat pengaduanya.

Manager yang ketika itu yang akan memberhentikan perkhidmatan lagi seminggu  dengan bank tersebut meminta Sdra "Marloand" ini menulis surat penjelasan mengenai situasinya sebenar dan menyelesaikan masalah ini dengan pelanggan. Jelasnya lagi, pelanggan berpuas hati dengan penjelasanya dan meninggalkan banknya setelah masalahnya selesai. Kemudian, manager dalam reaksi tenang didalam biliknya bersama "Marloand" memaklumkan kepadanya bahawa kes ini DITUTUP setelah beliau menerangkan dalam surat penjelasanya dan beliau amat berpuas hati apabila pelanggan itu tidak memanjangkan aduannya ke peringkat atasan.

Namun, setelah 6 bulan berlalu dan Manager tersebut berhenti kerja kes yang dikatakan DITUTUP manager itu datang kembali dan merunsingkan Sdra "Marloand" yang ketika ini dihalang buat sementara waktu menjadi juruwang gara – gara surat kepada Managernya itu. Beliau juga yang sebelum itu agak tidak mengambil berat kesnya itu serta tidak memberitahu secara jelas kesnya kepada kami akan berkemungkinan berhadapan dengan perbicaraan dalaman pihak banknya tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, pihak kami akan sedaya upaya akan membantunya jika laporan audit mensabitkan kesalahannya. Nantikan lanjutan kisah ini selanjutnya nanti…

Laporan GGIT untuk berita NUBE

Jawatan kosong 2012 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kampar</b>

Posted: 21 Oct 2012 10:20 PM PDT

Jawatan kosong 2012 di Majlis Daerah Kampar

Jawatan kosong 2012: Kampar memberi pengertian Bandar Kampar dan kawasan-kawasan sekitarnya dalam lingkungan 10-20 batu persegi. Penerokaan dan petempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan penemuan bijih timah itu sendiri, maka tidak hairan jika ada pendapat yang mengatakan 'Kampar dibangunkan di atas bijih timah' dan sehingga kini bijih timah masih dilombong meskipun kepesatannya mulai berkurangan akibat kemerosotan pasaran timah.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Daerah Kampar, Perak Darul Ridzuan.

1.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran – Gred U29

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati dari Pejabat Majlis Daerah Kampar dan hendaklah disampaikan kepada:-

Yang Dipertua
Kompleks Pentadbiran
Majlis Daerah Kampar
Jalan Iskandar,
31900 Kampar
Perak Darul Ridzuan.
Tidak lewat dari : 31 Okt. 2012

Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Surat berhenti Sekolah, salinan Sijil Pelajaran atau keputusan peperiksaan yang diperolehi dan sekeping gambar ukuran pasport dengan dua sampul surat beralamat sendiri dan bersetem RM0.80.

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/ Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

Segala tuntutan perbelanjaan berhubung dengan permohonan atau temuduga dan permohonan lewat dan tidak lengkap tidak akan dilayan.

Calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga. Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 6 bulan dianggap tidak bejaya.

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan