Ahad, 13 Januari 2013

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Rasul & Akmar: Pengedar Shaklee anda yang sah <b>di</b> HUSM kubang <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 07:01 PM PST

Kalau kata..."alah..shaklee ni orang yang tak reti pape yang buat biz.." hehee...janganla macam tu...sebab shaklee ni bukan sekadar orang biasa2 je yang join biz..ni nurse and doctors pon ada yang join.kalau ia tak elok..buat ape doc n nurses ni nak join kan?:)

Ni saya nak share...sepasang suami isteri kerja sebagai nurse kat Hospital Universiti Sains Malaysia, kubang kerian, kelantan. 


Mereka gunakan shaklee untuk optimum health dan untuk kesihatan parents yang ada masalah diabetes. Hari tu Rasul ada amik vivix untuk ibunya yang ada masalah kesihatan iaitu diabetes. Alhamdulillah nampak ibunya makin bertenaga dan semakin baik. Tugas suplimen shaklee adalah untuk membantu setiap insan menjadi lebih sihat.

Akmar dan rasul tinggal di demit. Boleh hubungi akmar di 0179899846 atau rasul 0129530073 untuk sebarang order..kepada warga HUSM...jangan risau...pengedar Shaklee anda yang sah memang sangat dekat dengan anda! Jom hubungi mereka sekarang untuk dapatkan harga yang cukuppp ISTIMEWA!

__________________________

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:)

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

200 penyokong PAS Kubang <b>Kerian</b> keluar parti – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2013 04:25 PM PST

Posted on January 12, 2013, Saturday

KOTA BAHARU: Kira-kira 200 penyokong tegar PAS di Kampung Pauh Dua, Kubang Kerian di sini mengisytiharkan keluar dari parti itu semalam kerana menyifatkan ia telah lari dari matlamat asalnya.

Kumpulan itu yang diketuai Shafiei Peli, 46, mengumumkan menyertai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP) dan menyerahkan borang keanggotaan mereka kepada Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.

Shafiei yang sebelum ini merupakan Anggota Jawatankuasa PAS cawangan kampung berkenaan berkata PAS selama ini telah menipu para penyokongnya menerusi slogan parti Islam.

"Selama ini kami ingat PAS boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu. Rupa-rupanya kami silap kerana parti yang kami sokong selama ini memperdaya kami.

"Akhirnya kami membuat keputusan hanya kerajaan BN sahaja yang boleh membantu bangsa Melayu dan Islam," katanya yang telah 10 tahun menyertai PAS.

Beliau berkata walaupun menyertai PPP, mereka yakin mampu membantu BN untuk menang di Kelantan pada pilihan raya umum nanti.

Nik Sapeia yang juga Pengerusi PPP Kelantan dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan berkata tindakan keluar parti itu mencerminkan kegagalan PAS untuk mendaulatkan Islam dan memartabatkan Melayu terutama di Kelantan.

"PAS sudah rosak kerana bergabung dengan PKR dan DAP yang sanggup menjadi kuda tunggangan pihak lain yang meremukkan hati bangsa Melayu dan Islam," katanya sambil menambah beliau menjangkakan lebih ramai penyokong PAS akan keluar parti dan menyertai parti komponen BN di Kelantan. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan