Sabtu, 26 Januari 2013

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


<b>PARIT BUNTAR</b>!!! Dato&#39; Seri Abdul Rahman Maidin hangatkan - paspb

Posted: 26 Jan 2013 07:48 PM PST



Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, Sebelum ini PAS Parit Buntar membawa turun Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berceramah di Parit Buntar.

" Kali ini PAS Parit Buntar menjemput seorang lagi tokoh ternama iaitu Dato' Seri Abdul Rahman Maidin , seorang ahli korporat terkemuka yang menyertai PAS baru-baru ini. 


Menurut Fakhrurrazi Haji Khalid,  Dato' Seri Abdul Rahman Maidin seorang ahli korporat yang telah terlibat dalam bidang pelaburan, kewangan, infrastruktur, teknologi, media dan komunikasi selama 32 tahun.

" Beliau telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang semasa berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor. 

" Lebih 1500 orang tidak berganjak dari Dataran Purnama Kampung Kedah mendengar ceramah beliau yang  pertama kali berceramah di Parit Buntar" katanya 

Pada sebelah petangnya , Dato' Seri Abdul Rahman Maidin menghadiri Majlis Minum Petang di Simpang Tiga, Kuala Kurau. 

Majlis Minum Petang anjuran Pakatan Rakyat Parit Buntar itu turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari.

Sementara itu, Dato' Seri Abdul Rahman Maidin dalam ucapannya memberitahu beliau menyertai PAS didorong oleh prinsip perjuangan parti itu yang konsisten menekankan kebajikan dan keadilan rakyat.

"PAS memastikan semua rakyat di negara ini dibela berteraskan Negara Berkebajikan yang selari dengan prinsip dan azam saya untuk Malaysia pada masa depan,"katanya 

Beliau kesal dengan isu-isu berkaitan hak dan kebajikan rakyat dalam pelaksanaan dasar di bawah kerajaan Umno-BN yang lebih banyak memusnahkan masyarakat sama ada di luar bandar mahupun di bandar.

"Saya yakin segala polisi yang menindas rakyat perlu dihapuskan dan diganti dengan satu reformasi sistem dan dasar yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat dalam penggubalan dan pelaksanaannya,"katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan