Khamis, 24 Januari 2013

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Kolej Komuniti <b>Pasir Salak</b>(KKPS)

Posted: 19 Jan 2013 06:00 PM PST

Jawatan Kosong 2013 di Kolej Komuniti Pasir Salak(KKPS)

Jawatan Kosong 2013: Kolej Komuniti Pasir Salak(KKPS), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia merupakan institusi pendidikan yang menyediakan latihan dan kemahiran kepada semua anggota masyarakat yang memerlukannya. Ia juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar atau kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk mendapatkan latihan dan kemahiran yang mereka minati. Ini bermakna KKPS menyediakan kursus peningkatan kemahiran kepada masyarakat setempat tanpa mengira had umur bagi membantu mereka  meningkatkan kualiti hidup.

Jawatan Kosong 2013 di Kolej Komuniti Pasir Salak(KKPS)

Permohonan adalah dipelawa bagi mengisi jawatan kosong seperti di bawah:-

JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
BIDANG : Automotif
BIL. KEKOSONGAN : 1
TARAF JAWATAN : KONTRAK (BERGAJI HARI)
SYARAT PERMOHONAN : Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia;
2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
3) Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
(i) Diploma dalam bidang Automotif.

Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bersama resume, salinan sijil-sijil yang berkaitan yang disahkan berserta dengan gambar berukuran passport yang tidak dikembalikan dalam sampul surat yang bertanda 'Jawatan Kosong' kepada:

Pengarah
Kolej Komuniti Pasir Salak
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada
36800 Kampung Gajah
Perak
Tel : 05-655 2300
Faks : 05-655 2800
Emel : kkps[at]kkpsa.edu.my

Sebelum atau pada 25 Januari 2013.
TEMPOH PERKHIDMATAN ADALAH MAKSIMUM 6 BULAN SAHAJA
*(Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga).

You can leave a response, or trackback from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan