Jumaat, 11 Januari 2013

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Proton nafi pindah keseluruhan kilang ke <b>Tanjung Malim</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 10:48 PM PST

KUALA LUMPUR -– Pengeluar kereta nasional pertama, Proton Holdings Bhd tidak akan memindahkan keseluruhan kilang pembuatan di Shah Alam ke Proton City di Tanjung Malim.

Kereta Proton yang kini dikeluarkan di Shah Alam akan terus dihasilkan di sana, demikian menurut Ketua Sektor bagi Operasi Teknikal Proton untuk kilang Shah Alam dan Tanjung Malim, Abdul Rashid Musa.

Semalam, di Tanjung Malim, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan negeri akan menggerakkan semula rancangan untuk membangunkan perbandaran itu kepada hab automotif negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Zambry berkata Proton akan memindahkan operasi pembuatan berperingkat-peringkat dari Shah Alam ke kilang Tanjung Malim.

Abdul Rashid memberitahu bahawa hanya model Proton masa depan akan dipertimbang untuk dikeluarkan di kilang Tanjung Malim.

"Ini untuk mengoptimumkan penggunaan kapasiti kilang Proton yang canggih di Tanjung Malim untuk mencapai skala ekonomi, yang kini beroperasi separuh daripada kapasitinya," kata beliau.

Beliau berkata ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan operasi Proton.

Kilang Proton di Tanjung Malim yang dibuka pada Ogos 2004 adalah lima kali lebih besar dengan tanah seluas 517 hektar berbanding kilang Shah Alam yang terletak di kawasan seluas 101 hektar.

Kilang Shah Alam kini mengeluarkan Saga, Satria Neo R3, Exora dan Inspira, manakala Gen 2 (untuk eksport), Persona dan Preve dikeluarkan di kilang Tanjung Malim.

Menurut Zambry, beliau telah bertemu dengan pengurusan Proton dan susulan beberapa perbincangan, syarikat itu telah memutuskan untuk memulihkan Proton City.

Beliau berkata hab automotif negara itu dijangka memberi impak yang besar kepada ekonomi Perak dalam tempoh lima tahun.

Zambry berkata dalam rancangan pembangunan negeri, pembangunan Tanjung Malim itu akan melengkapkan Lembah Klang, seperti yang telah berlaku dengan Seremban, Negeri Sembilan.

Proton melabur antara RM1 bilion hingga RM2 bilion di bawah rancangan penyusunan semula bagi Proton City dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang. – Bernama

Projek Proton City Akan Diperluaskan, Tidak Hanya Tertumpu <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 01:23 AM PST

Pembangunan bandar automotif yang dilaksanakan PROTON tidak akan tertumpu di kawasan Tanjung Malim sahaja malah diperluaskan hingga ke beberapa kawasan lain yang berdekatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pembangunan bandar itu akan diperluaskan hingga ke beberapa kawasan lain di selatan Perak termasuklah Sungkai dan Bidor.

Beliau berkata, pihak PROTON juga akan mengadakan kerjasama dengan syarikat pengeluar kereta terkemuka dan syarikat kecil yang berkaitan untuk bersama-sama syarikat itu menjayakan projek membangunkan bandar automotif di selatan Perak.

"Projek ini pada asalnya tidak dapat direalisasikan tetapi akhirnya berjaya dilaksanakan di bawah pelan Perak Aman Jaya yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi mewujudkan sebuah pusat industri automatif nasional di selatan negeri ini.

"Hasil daripada siri perbincangan dengan kerajaan negeri, pihak Proton membuat keputusan membangunkan semula Tanjung Malim sebagai
hub industri automatif negara," kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Executive Talk Bil 1/2013 bersama penjawat awam di Bangunan SUK, di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kilang Proton di Proton City, dekat Tanjung Malim baru-baru ini turut memberi impak besar kepada perancangan pembangunan bandar automatif.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri juga kata Zambry, merancang menjadikan kawasan sekitar selatan negeri sebagai salah sebuah pusat pembangunan utama negeri dalam jangka masa lima tahun akan datang.

"Berdasarkan perancangan, pembangunan di Tanjung Malim dalam tempoh lima tahun ke dan ke hadapan akan bertambah pesat dan dijangka akan turut menyumbang kepada pembangunan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan