07 di batu gajah - Google Blog Search     |   
|    BERTUKAR KERJA KE <b>BATU GAJAH</b> DALAM MASA <b>...</b> - al-lamborri Posted: 03 Feb 2013 03:46 PM PST   BERTUKAR KERJA KE BATU GAJAH                      Tahun  1932-1933 ialah masa meleset (slump) yang begitu terok atau buruk pernah  terjadi di negeri ini oleh kerana kekurangan hasil negeri disebabkan kejatuhan  harga pasaran getah, bijih dan lain-lain.   Kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan pentadbiran, pertamanya  mengurangkan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan (retrenchment).       Saya di masa  itu bekerja di Rumah Sakit Teluk Anson di bawah seorang doktor kulit putih  bangsa Australia  – Doktor A.B. yang sangat garang orangnya pernah saya jumpa.  Seorang orderly budak Melayu (Tak) sudah  diberi notis kerja, seorang Penolong Kerani saya sudah dikurangkan.  Maka pejabat tinggallah saya seorang dengan  seorang India  Mister M.K. sebagai Steward.  Kakitangan  yang lain pula dikurangkan jua.       Saya tidak  ketahui iaitu masih jua lagi hendak mengurangkan kakitangan Kerajaan.  Sementara itu saya nampak Mister M.K. yang  telah lama berkenal dengan Doktor A.B. semasa ia bekerja di tempat lain, selalu  saje membawa hadiah-hadiah barang yang ganjil seperti binatang landak, pelanduk  dan lain-lain selain daripada itu beberapa raga telur ayam yang baharu, tidak  terkira.  Saya tidaklah tahu samada  Doktor itu bayar harganya atau tidak.   Doktor itu mula bengis kepada saya dan suka mencari salah yang saya  sudah bosan menerimanya.  Oleh itu saya  sudah pakai ilmu "apa jadi".  Saya jawab  apa juga yang fikir betul.  Di situ saya  terkenal sebagai pembela pekerja-pekerja yang sebangsa dengan saya  pertamanya.  Oleh itu, saya dipanggilnya  "Malay Ghandi".       Pada mulanya  saya dapat hukum ditukar ke Kroh (sekali lagi) dan di dalam sedikit masa pula  berubah ditukar ke tempat-tempat lain ke Grik dan lain dan pada akhirnya saya  ditukarkan ke Pejabat Ukur (Survey Department) Batu Gajah.  Tetapi malangnya pula pada masa saya sudah  bersiap hendak melangkah tukar ke Batu Gajah maka Mister M.K. pun dapat notis  dibersarakan dengan sebab itu doctor itu sudah berbalik hati bekerhendakkan  saya pula tidak bertukar dan petukaran itu ditangguhkan sementara.  Bagaimanapun, pertukaran itu diteruskan juga  dan sayapun bertukar ke Batu Gajah pada 30.10.1933.  Sebelum saya pergi maka Doktor itu panggil  saya dan berkata kepada saya sekiranya saya bekerja di bawah Tuan Mr. F saya  akan merasa kepahitan yang amat sangat.   Katanya didalam bahasa Inggeris, "If you happen to work under Mr. F, you  will be in a hell of trouble!"       Sedia maklum  ketua-ketua pejabat Ukur-Mengukur di masa itu semuanya daripada bangsanya orang  Australia  dan tuan yang saya sebutkan itu ialah Ketua Pejabat di situ.  Sebagaimana yang saya telah sebutkan  ketua-ketua Pejabat itu di masa itu dan Pegawai Ukur-Mengukur kebanyakkannya  daripada bangsa mereka.  Bagitupun saya  jawab jualah lebih kurang.       "The worse he  can do is to sack me, he cannot shoot me, I need not have to pay for my passage  home."                 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri          |   
| You are subscribed to email updates from di batu gajah - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan