Isnin, 25 Februari 2013

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


BERTUKAR KERJA KE <b>BATU GAJAH</b> DALAM MASA <b>...</b> - al-lamborri

Posted: 24 Feb 2013 02:47 AM PST



Saya amat bersyukur kerana sekiranya saya belum bertukar di masa itu atau dimintanya penyata itu daripada ketua saya yang lama, maka sudah tentu saya tidak akan berjaya.  Tambahan pula sekiranya saya tidak bertukar daripada tempat saya bekerja yang dahulu daripada itu bagaimana corak nasib saya hingga masa itu.
Semasa saya bertugas di Pejabat Ukur-Mengukur Batu Gajah gelora mengurangkan perbelanjaan dan kakitangan kerajaan belum jua lagi selesai dan pada akhirnya pejabat yang di Batu Gajah pun langsung ditutup dan berpindah ke Taiping.  Saya telah siasat daripada ketua saya di atas untung nasib saya pula dan saya diberitahu yang saya tidak dikehendaki di Ibu Pejabat Taiping dan kerajaan akan menukarkan saya ke pejabat yang lain dan ditempat yang lain.  Oleh kerana tuan ketua saya itu nampaknya ikhlas dan kasihan kepada saya maka saya telah meminta supaya saya ditukarkan ke Teluk Anson, tempat lama saya di mana-mana pejabat pun.  Dan dengan takdir tuhan serta sokongan yang kuat daripada ketua saya itu, maka saya telah ditukarkan balik untuk bertugas di Pejabat Bendahari Kecil Teluk Anson pada 1.5.1934 dan sekembalinya balik maka sekelian jawatan-jawatan yang saya jalankan sebelum saya ditukarkan enam bulan dahulu telah balik saya pegang.
Di dalam masa yang sebegitu singkat selama enam bulan di Batu Gajah beberapa pengelaman telah saya dapati.  Di situ pergaulan di antara orang-orang Melayu khasnya orang-orang Islam amnya amat rapat.
   Sepintas lagi saya suka mencatitkan sedikit pengelaman saya semasa saya berkhidmat di Pejabat Ukur-mengukur (Survey) di Batu Gajah.  Sungguhpun saya rasa bernasib baik di situ tetapi sebagaimana yang dipesan oleh Doktor A.B. sama saya hendak bertukar ke situ saya dapati keadaan di situ amatlah sedih.
Sebagaimana yang saya telah sebutkan maka Tuan Ketuan Pejabat itu baru tiba di situ sehari dengan saya.  Oleh itu nampaknya ia hendak menduga kebolehan pegawai-pegawai yang di bawah perintahnya.  Seorang daripadanya ialah seorang pegawai yang sudah lama berkerja dan oleh kerana kebolehannya ia telah dinaikkan ke pangkat Assistant Surveyor I/C di Perak Selatan bertugas atau ditempatkan di Telok Anson.
Nampaknya tuan itu tidak berpuas hati dengan pegawai itu sungguhpun tuan-tuan yang terdahulu daripadanya memuji pegawai itu sehingga ia dinaikkan ke pangkat "super-scale".  Pada satu hari ia panggil pegawai ini ke Batu Gajah dan dengan dihimpunkannya pegawai-pegawai dan kakitangan yang kanan itu bersama pegawai yang tersebut ia mula marahkan pegawai yang tersebut dengan menunjukkan kesilapan pegawai itu di situ dan di sini sehingga katanya mengikut buku rekod "Field Book" yang diperbuat oleh pegawai yang tersebut tidak boleh dapat diperbuat pelan daripadanya.  Semasa ia berceloteh itu pegawai yang tersebut tidak berkata apa tetapi ia tersenyum saja.  Apabila tuan itu berhenti bercakap ia menjawab.  Katanya rekodnya itu  betul kerana katanya lagi rantai ukuran yang dipakainya adalah terkurang sekian inci di dalam satu rantai.  Rupanya rantai ukuran adalah berbeza panjang pendeknya mengikut keadaan cuaca, panas sejuk hari dan hendaklah diukur setiap masa dengan tempat ukuran yang disediakan dipejabat dengan ukuran yang tidak berubah-ubah yang ditanda dengan simen.  Dengan jawapannya itu maka tuan itu telah berasa amat malu kepada pegawai-pegawai dan kakitanga yang dihimpunkannya di situ (saya pun ada bersama) dan terus ia meninggalkan mereka serta-merta tetapi akibat daripadanya ia telah perintahkan pegawai itu membuat kerja di jajahan Kinta untuk menyukat tanah-tanah lombong yang berair yang ia terpaksa meranduk air setiap-tiap masa dan dengan sebab itu dalam tempoh tiga bulan saja ia jatuh sakit dan terpaksa  bersara "Boarded Out".

Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan