Khamis, 21 Februari 2013

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit : Psy <b>di</b> bayar oleh siapa???...DAP ke

Posted: 13 Feb 2013 07:22 AM PST


Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya 'Gangnam Style', hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang kelmarin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada pemberita hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.

Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.

Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.

Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College.

*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

<b>Kinta</b> Menjerit : Salah Pok Nik, budak 14 tahun kena rogol <b>di</b> Kelantan

Posted: 10 Feb 2013 01:13 AM PST


Nampaknya jenayah seks dan rogol berleluasan di negeri pemerintahan parti yang dipercayai berhaluan puak faham Syiah yang diterajui oleh tok guru Pok Nik.
Seorang pemotong rumput bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, di sini, semalam atas dua tuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun.

Mohd Fadli Zakaria, 29, dari Kampung Mak Jintan, Jedok, Tanah Merah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan selepas jurubahasa membaca pertuduhan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad. Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohd Fadli yang ditangkap pada 14 Mac lalu didakwa merogol mangsa di rumah kosong yang masih dalam pembinaan di Lebuhraya Tanah Merah-Jeli kira-kira jam 1.30 hingga 1.35 pagi pada 25 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan kedua pula, dia melakukan perbuatan sama kira-kira jam 1.30 hingga 1.45 pagi di rumah tanpa nombor di Kampung Banggol Yek, Jedok Nibong, Tanah Merah, pada 25 Februari lalu. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohd Fadli didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.

Mohd Fadli yang tidak diwakili peguam tidak dibenarkan diikat jamin dan memohon mendapatkan khidmat peguam bela. Rofiah menetapkan 25 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan