Selasa, 12 Februari 2013

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


DUN <b>Manjoi</b>, BN Tergugat..Apa kata Pengundi Cina: Satu Penilaian <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2013 05:39 AM PST

Pengundi Cina: Satu Penilaian 2010 hingga 2013

mutaligat.blogspot.com
PENGUNDI CINA DI PERAK TOLAK BN

"Masyarakat kaum Cina di Negeri Perak juga turut dilihat akan bertindak menghukum BN setelah BN melakukan rampasan kuasa secara tidak bermaruah," ujarnya.

Malah, katanya masyarakat kaum Cina juga dilihat sudah menerima PAS di dalam PR bagi menghukum BN kelak.

Bagi pihak, Dewan Pemuda PAS negeri, beliau mengucapkan tahniah kepada jentera Pakatan Rakyat amnya dan DAP khasnya di atas kemenangan merampas semula kerusi Parlimen Sibu dalam PRK itu.

"Keputusan ini adalah tepat yang telah dibuat oleh rakyat dengan penuh yakin melalui suara demokrasi yang subur. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan tonggak keadilan rakyat," ujarnya lagi.


Sebenarnya, Kaum Cina Pun Tolak BN


PRU13: Pengundi Cina tersinggung, BN sukar

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran untuk menang majoriti dua pertiga termasuk menawan negeri pantai barat berpunca daripada undi daripada kaum Cina dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Panel, Zainon Ahmad (gambar) dari akhbar The Sun berkata, kesukaran ini berlaku akibat kelantangan pemimpin Umno dan BN yang menyatakan mereka boleh mendapat majoriti dua pertiga hanya berbekalkan undi Melayu selepas menang besar dalam pilihan raya umum 2004.

Menurutnya, ini membuatkan bangsa lain tersinggung dan mengubah landskap politik negara dalam pilihan raya umum 2008 apabila BN kehilangan empat negeri.

"Parti pemerintah harus memberikan perhatian mengenai perkara ini, jika tidak ada negeri yang akan kecundang seperti Negeri Sembilan, Johor dan gagal untuk merampas semula negeri ditawan pembangkang.

"Kegagalan ini juga berpunca daripada janji BN tidak ditunaikan, kerana leka dengan kemenangan diperoleh," katanya dalam persidangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) pusingan ketiga yang bertajuk 'Dari PRU-12 ke PRU-13: BN lawan PR, Satu Penilaian'.

Mood Pengundi, Disember 2012
PRU 13 : BN TERTEKAN DI JOHOR, CINA TOLAK BN, PR YAKIN MENANG

BN Johor, benar-benar tertekan dalam menghadapi PRU 13. Ini kerana majoriti kerusi-kerusi Parlimen dan Dun di Johor adalah kerusi campuran antara Melayu dan Cina. Kebanyakan kerusi hampir 50:50 antara bilangan pengundi Cina dan Melayu. Hanya beberapa Parlimen sahaja yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang agak ramai antaranya Mersing, Kota Tinggi Ini yang membuatkan Ghani Othman tidak tidur malam. Alamgkah eloknya jika Ghani Othman tidak payah memeningkan kepalanya, lebih baik beritahu Najib bahawa dia nak 'surrender' dan pencen.

Elok kerana kemarahan orang Cina terhadap BN semakin meluap-luap khususnya selepas Bersih 3.0 maka dijangkakan BN akan menghadapi mimpi ngeri pada PRU 13 nanti. Pengundi Cina sudah tidak takut lagi untuk mengundi PAS seperti yang ditunjukkan oleh mereka di Dun Sg Abong dan Maharani yang dimenangi PAS pada PRU 12 dahulu. Pada PRU 13 kali ini, adalah dijangkakan 80-90 % pengundi Cina akan mengundi DAP dan 70-80 % dari mereka akan mengundi PAS. Jika keadaan ini benar-benar berlaku sudah tentu BN akan tergolek dan bungkus di Johor.
mutaligat.blogspot.com.

Mood Pengundi, Januari 2013
BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik
Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.
Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.
"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).
"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily. Secara demografinya mood pengundi Cina seluruh negara berskala padu. Kajian Kes di DUN Manjoi BN terpaksa mengubah strategi menumpukan ihsan dan simpati pengundi Melayu di Kg. Manjoi dan Taman Meru. MALANGNYA Lebai Malang...Sayang semuanya sudah terlambat,,Tak guna dirayu lagi..Nah! saksikan Video ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan