Khamis, 21 Mac 2013

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


sangkakalajari9: PR BERTELAGAH <b>DI BAGAN SERAI</b>

Posted: 15 Mar 2013 11:33 PM PDT

Semalam telah diadakan ceramah PAS di Jalan Banjar Bagan Serai dan didalam ceramah tersebut telah di tetapkan bahawa parlimen Bagan Serai akan diletakkan calon dari PAS.

Ini disebut kerana ahli parlimen PKR sekarang dituduh sebagai pengkhianat oleh ahli Pakatan Rakyat.

Rata rata ahli PAS berkehendakkan calon tempatan tetapi mestilah terdiri dari ahli PAS itu sendiri.

Tapi semua itu disangkal oleh ketua pembangkang yang datang pada malam tadi untuk memberikan ceramah dan seterusnya meletakkan calon PKR sebagai calon di kawasan Bagan Serai.
(Gambar tengah)

Jelas kelihatan kekecewaan di wajah semua ahli PAS yang hadir pada malam tadi setelah Anwar mengumumkan calon dari PKR dimasa akhir ucapan.

Sangkakala yang juga berada di tempat ceramah sempat mendengar keluhan beberapa orang ahli PAS yang seolah olah tidak suka dengan kehadiran calon PKR ini.

Ada yang mengatakan bahawa beliau sombong dan tidak bergaul dengan masyarakat, ada juga yang mengatakan ego calon melebihi menteri dan pelbagai lagi.

Walaupun Anwar malam tadi dilihat mempunyai sokongan yang agak kuat pada awalnya tetapi untuk kesudahan ceramah telah jelas kelihatan bahawa ada kerenggangan dikalangan ahli.

Jelas disini bukan sahaja mereka tidak berpuas hati dengan calon, malah mereka (ahli PAS) juga dilihat kecewa kerana Anwar Ibrahim seolah olah tidak menghormati keputusan mereka sedangkan mereka adalah anak tempatan dan lebih tahu tentang situasi semasa di kawasan Bagan Serai.

Anwar dilihat telah menggunakan kuasa vito beliau selaku ketua pembangkang bagi menidakkan kehendak akar umbi di satu satu kerusi parlimen atau pun DUN.

Berbeza dengan UMNO yang sentiasa meninjau kehendak penduduk setempat dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan supaya rakyat tidak menerima masalah dengan pemilihan calon calon ini.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan