Selasa, 5 Mac 2013

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


58 tahun….masih tiada kewarganegaraan! | PSM KAJANG

Posted: 24 Feb 2013 03:05 AM PST

Logo PSMPARTI SOSIALIS MALAYSIA (CAWANGAN KAJANG)
No. 8, Tingkat 2, Jalan Balakong, Batu 11, Cheras, 43000 Kajang, Selangor.
Tel/Fax: 03-87374772 @ 016-9268776

23 February 2013

Kepada,

Kementerian Dalam Negeri
Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan
Aras 4, Blok D2 Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 W.P. PUTRAJAYA
Tuan/Puan,

SURAT RAYUAN DAN SURAT MEMINTA PENJELASAN PENOLAKAN PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN PUAN SAROJA A/P ARJUNAN (58)

Pusat Perkhidmatan Parti Sosialis Malaysia telah menerima satu aduan dari Puan Saroja a/p Arujunan berumur 58 tahun kerana beliau sangat kecewa dengan penolakan permohonan beliau untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia tanpa sebarang penjelasan rasional. Kami merujuk kepada rujukan  anda: KDN(S): 158/560/2/2-114749(5)] melalui surat bertarikh 2 Nov 2012.

Puan Saroja yang kini mempunyai kad pengenalan Pemastautin Tetap (551226-71-5190) amat kecewa dengan tindakan pihak anda memandangkan beliau telah berada di negara ini selama 58 tahun, sudah beranak dan bercucu, tidak dapat keluar dari negara ini untuk melawat anaknya sendiri yang berada di Singapura, tidak dapat membeli atau mewarisi harta dan tidak dapat mengundi dalam setiap pilihanraya.

Dari keterangan yang kami peroleh dari beliau:

  • Beliau lahir sebelum kemerdekaan, 1955 di Bidor, Perak. Ibu beliau ialah Pn. Nagamah a/p Ramasamy yang pernah bekerja di Ladang Bidor Perak ketika berumur 21 tahun dan di situlah beliau melahirkan anak keduanya, Puan Manaachy. Bapa Puan Saroja ialah En. Arujunan. Kedua-dua ibubapa telah meninggal dunia. Surat kematian ibunya menunjukkan beliau meninggal dunia pada 14 Feb 1997 di Bahau, Negri Sembilan.
  • Beliau telah kehilangan surat beranak semasa bekerja di rumah orang dari umur 8 tahun hingga 12 tahun di Perak.
  • Beliau mempunyai 3 orang adik beradik, semuanya memiliki NRIC Biru @ kewarganegaraan Malaysia (i) Puan Manaachy (tarikh lahir 20 Jan 1959) lahir di Hospital Sungkai, Perak (ii) Puan Samandispary (tarikh lahir 19 Mar 1965) lahir di New Rompin Est, Negri Sembilan dan mempunyai surat kelahiran (iii) En. Sannasi telah meninggal dunia.
  • Puan Saroja berkahwin dengan suaminya, Encik Subramaniam Mariappan ketika berumur 15 tahun. Perkahwinan mereka tidak didaftar seperti mana kebanyakan perkahwinan pada masa itu. En. Subramaniam mempunyai surat beranak yang di daftar di Negri Sembilan. Menurut surat kematian, beliau meninggal dunia pada 5 Sept 1999 di Kuala Pilah, Negri Sembilan. Beliau juga meninggal dunia tanpa memperoleh kewarganegaraan Malaysia.
  • Mereka berdua mempunyai 7 orang anak dan semua adalah warganegara Malaysia (memiliki IC biru). Mereka semua lahir di Negri Sembilan, maklumat mereka seperti berikut:

(i)    Velavan a/l Subramaniam (TL: 16 Aug 1975) yang telah meninggal dunia 8 tahun lalu,

(ii)   Prema a/p Subramanian (TL: 31 Aug  1976),

(iii)  Vimala a/p Subramaniam (TL: 29 Nov 1977),

(iv)  Anandan a/l Subramaniam (TL: 08 Nov 1979),

(v)  Muhammad Selva Bin Abdullah  yang telah bertukar agama (TL: 24 May 1981),

(vi) Mathan a/l Subramaniam (TL: 16 Jun 1984) yang telah meninggal dunia pada 2/10/2011

(vii)  Anand Kumar a/l Subramaniam (TL: 27 July 1986)

Oleh itu, kami kurang faham, apakah alasan pihak Tuan menafikan hak Puan Saroja untuk kewarganegraan. Setiap orang mempunyai hak untuk kewarganegaraan menurut konvensyen hak asasi rakyat sejagat. Kami rasa segala bukti yang ada jelas menunjukkan Puan Saroja layak untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia. Segala dokumen dilampirkan bersama.

Menurut Puan Saroja, permohonan telah dibuat sebanyak 2 kali. Harap pihak Tuan akan meneliti semula permohonan Puan Saroja serta memberi penjelasan yang sah terhadap penolakan hak beliau untuk memperoleh kewarganegaraan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Letchimi Devi a/p Doraisamy
Biro Aduan PSM Cawangan Kajang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan