Ahad, 17 Mac 2013

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH HITAM , ULU <b>CHEMOR</b>

Posted: 13 Mar 2013 10:03 PM PDT

Semakin hari semakin bertambah bilangan populasi penduduk di kawasan Chemor ini. Disebabkan penambahan penduduk dengan ketara beberapa sekolah rendah di kawasan Chemor menjadi sesak dan tidak cukup untuk menampung bilangan murid-murid yang terlalu ramai. Oleh yang demikian, Pihak kerajaan telah membina beberapa buah sekolah yang baru bagi menangani masalah ini. Sebelum ini SK Syed Idrus Ulu Kuang ,SK Haji Mahmud Chemor,SK Chepor,dan beberapa lagi sekolah menjadi sesak dengan bilangan murid-murid yang semakin bertambah. Pada tahun 2012 dan 2013 ini alhamdulillah beberapa sekolah baru telah mula dibuka dan berjaya mengurangkan bilangan murid-murid yang berada di sekolah yang dinyatakan tadi. 
Kini Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam, yang terletak di Kampung Ulu Chemor telah mula beroperasi pada Bulan Januari 2013 yang lalu. Murid-murid disini kebanyakkannya berasal dari kampung-kampung dan taman-taman yang berhampiran seperti Kampung Ulu Chemor,Seri Desa Tanah Hitam,Kampung Tersusun Tanah Hitam,Kampung Cik Zainal,Taman Chemor Mesra,dan kawasan-kawasan yang berada disekitar mukim Chemor. 
Sekolah ini diharapkan dapat melahirkan generasi yang mampu memimpin negara ke arah kemajuan sahsiah dan ekonomi .Semoga sekolah ini mampu bersaing dengan sekolah-sekolah yang lain bagi menjadikan negeri Perak antara Pelopor Pendidikan yang Terbaik!...Terima kasih kepada Pihak Kerajaan kerana telah meneydiakan infrastruktur sebegini . Terima Kasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan