Sabtu, 2 Mac 2013

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Perhimpunan aman bantah AES <b>di Lumut</b> 9 Nov

Posted: 31 Oct 2012 11:57 PM PDT

Satu perhimpunan aman akan diadakan pada 9 November depan untuk menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada menteri pengangkutan di pejabat Parlimen BN Lumut di Setiawan.

Perhimpunan tersebut digerakkan oleh NGO BANTAH AES yang ditubuhkan baru-baru ini.

setiausaha pelaksana gerakan mansuhkan ppsmi gmp saifullah zulkifliKoordinator bersamanya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (kiri) berkata penubuhannya adalah hasil satu mesyurat yang dihadiri oleh parti politk, NGO dan pimpinan masyarakat sekitar Parlimen Lumut yang sepakat untuk menubuhkan BANTAH AES.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga setiausaha agung MCA adalah ahli Parlimen Lumut.

Mohd Saifullah berkata perhimpunan aman itu adalah untuk mendesak menteri pengangkutan supaya mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.

"BANTAH AES menyeru seluruh rakyat terutama di  Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada menteri pengangkutan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, perhimpunan rakyat itu akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan sekitar jam 1.30 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan