Jumaat, 15 Mac 2013

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Pusat Rawatan Islam At-Tobibi: RAWATAN <b>DI</b> SERI <b>MANJUNG</b>

Posted: 25 Feb 2013 06:36 PM PST

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.
Alhamdulillah, pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan sesi rawatan di Seri Manjung, Perak seperti mana berikut:

Tempat : Pusat Rawatan Islam Cawangan Seri Manjung, Perak. (2530A Tingkat Atas Taman Samudera)
Masa   : 9.30 pm - 5.00 pm
Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi Ustaz Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) atau Mohd Zainul Arifin (013-9433372) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad kepada 50 orang pesakit untuk setiap sesi rawatan sahaja.



*sebarang perubahan berkenaan dengan tarikh dan masa rawatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

^c e r i t a t e n t a n g k a m i^: nikmat makanan <b>di Manjung</b>

Posted: 19 Jan 2013 06:54 PM PST

menulis dari rumah mak mentua.
sementara imran masih lena lagi
bile balek je ke manjung ni..mamanye mula la nak makan macam2..
ni antara yang sangat2 la menjamu tekak dengan berseleranye..
rase tak puas..siap nak ulang sepinggan dua lagi..
lokasi di bangunan arked mara sitiawan
yg best kuahnye..sedapp..manis2 pedas..
dan isinye boley la pilih2 mengikut kegemaran..
saya amik yang bese je tapi kueh lebey
baru 4 hengget..sedapp woo
mee rebus nye pon sedap..en.ikhwan yg makan
 BURGER BAKAR MARVELLOUS
lokasi.gerai tepi jalan dekat restoren mamak icy scoop
emm akhirnye dapat jugak makan bege baka..
ni 1st time rase..tidak mengecewakan.
tapi nak rase lagi kat tempat2 laen..
cuma gerai ni tepi jalan raya..emmang ade bukak meja 
tapi agak bahaya..kete laju2..pastu dekat dengan longkang
cam xbape besh la..dhini sgt sensitip bau..tutop idung je..
saya makan yang single cheese bege,,rm8.50
puas hati...sebelah stall bege
ade stall NASI KUKUS AYAM DARA BEREMPAH..
pon mabeless...dhini tak suke sgt fast food..
jadi die memang suke makan nasi..puas hati jugak
5hengget sepinggan..gambar takde..area tempat makan gelap 
mama tak cukop tangan nak snap gambar
 dan ini sarapan pagi tadi..
cikgu yam ialah mak mentua saya..seorang bekas cikgu kemas
memang mabeles jugak..menantu tak tolong masak pon..
tolong makan aje...nyumnyum
dan disebelahnasi lemak bukanlah minumpagi kami pagi ni..
tapi hasil selepas makan nasi lemak 
syukur..5 oz dalam mase 12min.
tengah hari ni makan ape mak?? 
hamboi menantu..camtu pulak tanye ye..
hihihi nampak mak da kuarkan daging.
sure special dishes jugak tu
TUNGGU dan RAJIN RAJINLAH MEMBANTU

PAKAR <b>Manjung</b> Dilancarkan, Catat Jualan RM1.1 Juta - Perak Today

Posted: 08 Mar 2013 09:31 PM PST

Sejak beroperasi kira-kira tiga bulan lalu, Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) Daerah Manjung, pasar pertama seumpamanya di negara ini berjaya mencatat hasil jualan bernilai RM1.1 juta.

Berupaya menempatkan 240 usahawan dengan tiga syif sehari iaitu pagi, petang dan malam, pasar itu juga bakal beroperasi selama 24 jam dengan maksima 7 hari seminggu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata tujuh lagi lokasi PAKAR yang bakal beroperasi tahun ini terletak di Bera, Jengka, Kota Belud, Paroi, Kuala Muda, Pekan dan Kuching.

"PAKAR dilaksanakan di bawah dasar transformasi kerajaan untuk melahirkan usahawan tani baru yang berdaya maju.

"Konsep yang kita perkenalkan ini agak berbeza dengan pasar biasa kerana PAKAR membabitkan perkongsian tapak perniagaan antara usahawan.

"Untuk menjayakan projek ini juga, sejumlah RM40 juta diperuntukkan dan kita jangka tujuh lagi PAKAR dapat beroperasi pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan PAKAR Daerah Manjung di Manjung, sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi FAMA, Tan Sri Datuk Paduka Badruddin Amiruldin.

Mengulas lanjut, Noh berkata, pelaksanaan projek PAKAR di seluruh negara agak memakan masa kerana kementerian menghadapi masalah mengenalpasti tapak serta kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

"Selain itu, timbul juga masalah di peringkat kontraktor hingga melewatkan operasi pasar ini yang sepatutnya beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Noh menegaskan, pihaknya menjangka hasil jualan lapan PAKAR boleh mencecah RM49 setahun.

Untuk PAKAR Manjung sahaja, hasil jualan tahun ini dijangka mencecah RM6.5 juta, kata Noh lagi.

Sementara itu, Zambry berkata, kementerian itu diminta menimbang cadangan mewujudkan PAKAR di setiap daerah di negeri Perak.

Katanya, kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan kementerian dan FAMA untuk menjayakan projek itu di masa akan datang.

"Perak mempunyai sembilan daerah dan kita harap PAKAR ini dapat diperluaskan ke setiap daerah selain Manjung.

"Kerajaan negeri melihat projek ini sebagai idea yang baik dan kita bersedia untuk bekerjasama untuk menjayakannya di setiap daerah di Perak dengan mengenalpasti lokasi bersesuaian," katanya lagi.

Beliau berkata lagi, tapak PAKAR Manjung contohnya terletak di kawasan yang begitu strategik dan mudah dikunjungi ramai.

"Demi kepentingan dan keperluan rakyat, kita meluluskan tapak bersebelahan Pejabat Tanah dan Daerah Manjung walaupun tanah di sini bernilai tinggi," tambah Zambry lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan