Sabtu, 16 Mac 2013

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


PERAKKUME: SAPE GANTI DATO TAJOL <b>DI PENGKALAN HULU</b>?

Posted: 05 Mar 2013 06:54 PM PST


YB Dato Seri Tajol Rosli bekas MB Perak (03/12/1999-10/03/2008) yang juga ADUN Pengkalan Hulu. Akibat kekalahan BN di Perak pada PRU 12, Dato Tajol tenggelam daripada dunia politik khususnya di Perak. Dato Tajol sendiri telah memaklumkan di dalam Dewan Undangan Negeri bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU 13. 

UMNO Perak dikatakan akan membawa muka baru untuk kali ini. Antara yang menjadi sebutan adalah Haji Aznel bin Haji Ibrahim Naib Ketua UMNO Bahagian Gerik dan seorang lagi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gerik Wan Azizi bin Dato Seri Wan Abdullah.

UMNO akan bertembung dengan calon daripada PKR. 

Calon PKR di Dun Pengkalan Hulu katanya bekas Pegawai Tentera. Jumalah pengundi DUN Pengkalan Hulu seramai 14 ribu lebih mijoriti adalah Melayu

Nilai pembangunan projek Northgate <b>di Pengkalan Hulu</b> melonjak <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2010 01:51 AM PDT

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata nilai projek itu melonjak berikutan respon menggalakkan yang diterima daripada syarikat Thailand untuk mewujdukan operasi mereka di kawasan zon ekonomi besar berkeluasan 60.4 hektar itu.

"Terdapat sedikit kelewatan daripada segi jadual ia patut siap tetapi ini adalah kerana beberapa masalah teknikal.

"Apabila segalanya selesai, seluruh pembangunan di kawasan ini dijangka siap pada 2013," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak itu.

Terletak 200 meter dari Betong, Thailand, kerja bagi fasa pertama bermula pada Januari 2008.

Fasa pertama yang dikenali sebagai Northgate Arena melibatkan pembangunan bazaar gerai jualan, restoran dan kompleks bebas cukai.

Pembangunan Arena itu juga menawarkan produk dan perkhidmatan daripada Malaysia dan Thailand termasuk kraftangan, spa dan pusat kesihatan khusus untuk pengunjung tempatan dan asing.

Pembangunan empat fasa lain termasuk hotel bertaraf empat bintang, kawasan industri, pusat komersil dan tapak untuk pertanian.

Dimajukan oleh Northgate Consortium, projek komersil dan industri ini dijangka dapat menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi di kawasan Utara Perak apabila ia siap sepenuhnya kelak.

Zambry berkata projek ini juga sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam memastikan kawasan pendalaman tidak ketinggalan daripada arus pembangunan perdana.

"Kita juga berharap projek ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan dagangan dan apa saja aktiviti sempadan antara Malaysia dan Thailand kerana lokasi yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand," katanya.

Northgate terletak lebih kurang 90km dari Pulau Pinang (melalui lebuhraya Butterworth-Kulim) dan 96km dari Ipoh (melalui jalan Grik-Kuala Kangsar).

Lokasinya juga berdekatan Gerik, Pulau Banding, Tasik Temenggor dan Baling, Kedah.

Raja Nazrin Rasmi Masjid Jamek <b>Pengkalan Hulu</b> – Perak Today

Posted: 15 Nov 2012 02:37 AM PST

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Jamek di Pengkalan Hulu, sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H peringkat negeri Perak.

Turut berangkat mencemar duli Raja Dihilir Perak, Raja Jaffar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Normahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan dan exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Setiausaha masjid, Hassan Basri Awang Besar berkata, masjid itu dibina dengan kos lebih RM6 juta hasil sumbangan daripada kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan juga derma orang ramai.

Katanya, pembinaan masjid itu mengambil masa selama dua tahun untuk siap sepenuhnya dan telah memulakan operasi pada 12 November tahun lalu iaitu kali pertama digunakan untuk menunaikan solat Jumaat.

"Kapasiti masjid ini boleh memuatkan hingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa dan keluasan masjid ini pula ialah 1.5 hektar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan