Isnin, 11 Mac 2013

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Pendirian Bapa Saiful diyakini lebih 90% pembaca Sinar..

Posted: 09 Mar 2013 05:00 PM PST


Jumaat lalu negara dikejutkan dengan satu lagi bala yang menimpa Perdana Menteri Malaysia yang dikatakan sudah expired tempohnya bilamana Bapa kepada Saiful Bukhari mendakwa tuduhan liwat kedua adalah satu konspirasi politik.

Dalam dakwaannya itu Bapa Saiful telah menamakan seorang individu yang merupakan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri sebagai dalang konspirasi ala yahudi ini..

Rentetan dari itu .. tanpa sebarang laporan Polis dibuat, pihak Polis dilaporkan oleh Bernama akan memanggil Bapa Saiful bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian.

Polis akan memanggil Azlan Mohd Lazim iaitu bapa Mohd Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian.

"Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis adalah keterangan yang tidak jelas.

"Jadi, keterangan itu tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Bersatu Memerangi Jenayah' di Kuchai Lama hari ini.

Sementara itu, di SERI MANJUNG, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata rakyat perlu adil dalam menilai kenyataan Saiful dan dakwaan bapanya berkaitan pertuduhan liwat terhadap Anwar ~ Laporan penuh sila baca di Sinar Harian.

Ini adalah surat pengakuannya..


Dipercayai untuk mencari dan mengetahui apakah penilaian rakyat terhadap pengakuan Bapa Saiful itu Sinar On-Line telah mengadakan satu pengundian.

Pendirian siapakah yang lebih diyakini oleh pembacanya..

Dari 1117 yang mengundi.. hasilnya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan