Rabu, 20 Mac 2013

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Muhyiddin lakukan tinjauan mesra <b>di Sungai Siput</b> ABN News | BM

Posted: 18 Feb 2013 08:08 PM PST

SUNGAI SIPUT  – Sejurus tiba untuk lawatan sehari ke Perak hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan tinjauan mesra di Pasar Awam Sungai Siput di sini.

Muhyiddin yang diiringi isteri Puan Seri Norainee Abdul Rahman tiba di pasar awam itu pada pukul 9.45 pagi dan meluangkan masa bersalaman serta bertanya khabar golongan peniaga di situ sebelum bersarapan di sebuah gerai makan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany serta pemimpin masyarakat turut mengiringi timbalan perdana menteri.

Di gerai makan milik Norazlin Abdullah, 29, timbalan perdana menteri dan isteri dihidangkan dengan aneka juadah namun yang lebih istimewa beliau kelihatan berselera dengan ubi rebus, sambal tumis ikan bilis, pisang rebus dan kelapa parut.

Selepas hampir 20 minit bersarapan, Muhyiddin memasuki pasar basah yang menjadi tempat jualan ikan, sayur-sayuran dan daging untuk bertanya khabar dan mendengar sendiri suara golongan peniaga di situ.

Sejurus selepas itu, Muhyiddin menyampaikan replika kunci kepada sembilan pemilik lot kedai baharu di pasar berkenaan yang dibina Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan nilai RM938,000.

Selain orang awam yang berada di pasar itu, sekumpulan 40 murid dari Tabika Holy Infant Sungai Siput dengan iringan dua guru turut mengambil peluang bersalaman dengan pemimpin negara itu.

Timbalan perdana menteri kemudian ke Dataran Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di sini dengan menaiki bas untuk menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia.  – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan