Jumaat, 23 September 2011

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Udey Ismail » Charcoal, <b>Kuala sepetang</b>

Posted: 20 Sep 2011 01:23 PM PDT

3 minggu lepas, sebelum aku balik beraya ke kampung di Pendang, Kedah, aku dengan adik aku ada membuat perancangan untuk ke Kuala sepetang sebelum kami pulang beraya di kampung, lagupun satu jalan untuk sampai ke kedah.

Bila sebut Kuala sepetang, pasti ramai yang akan mengenali kuala sepetang dengan Mee udang. Kalau cakap sahaja nak ke Taiping, atau ke kuala sepetang, ramai yang akan memberi peringatan jangan lupa mencuba mee udang, tak tau la macam mana rasa mee udang kat kuala sepetang, aku sendiri pon tak pasti kesedapan dan nikmat mee udang kuala sepetang macam mana.

Kami bertolak daripada kuala lumpur pada pukul 3.00 pagi, sebelum bertolak sempat lagi mengeteh dengan kawan-kawan, damak (naza abdul hamed), may, zul dan beberapa orang teman dari photo malaysia. Dengan apa yang di ceritakan dan tip yang diceritakan, aku ambik time masa dia. Masa aku balik, tinggal lagi 1 minggu sebelum kita sambut hari raya, lagipun kalau balik awal-awal senang sikit, sebab tak tempoh jalan sesak. Masa bagi pukul 3.00 pagi untuk bertolak memang adalah sesuai dan anggaran masa yang kami tetapkan, akan sampai di kuala sepetang pada pukul 7.00 pagi. Masa yang di pilih amat sesuai, kerana waktu tu, tak begitu banyak kenderaan di lebuhraya, cuma yang banyak adalah lori-lori besar yang menuju ke utara tanah air. Sebelum memanduan aku pastikan diri sendiri sihat dan cukup rehat, bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ketika musim perayaan.

Kami tiba di hentian rehat dan rawat sungai perak pada pukul 4.450 pagi, berhenti bersahur dan rehatkan mata sebelum meneruskan perjalanan. Jarak dari RNR sungai perak tidak begitu jauh untuk sampai ke susur keluar tol Changkat Jering. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Sepetang pada pukul 6.00 pagi dan apa yang aku harapkan pada waktu itu, diharapkan akan sampai ke sana pada pukul 7.00 pagi. Daripada susur keluar tol Changkat Jering, mengambil masa 20-30 minit masa perjalanan, menurut rakan-rakan kami yang pernah sampai ke kuala sepetang.

Akhir aku tiba di kuala sepetang tepat pada pukul 7.00 pagi, di sepanjang jalan menuju ke Kuala sepetang terdapat beberapa rumah lama, balai raya lama yang membuatkan aku tertarik dengan peninggalan sejarah lama yang masih kekal sampai ke hari ini. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kami di Kuala Sepetang

Mengikut sejarah, Kuala Sepetang yang dahulunya dikenali sebagai Port Weld, pasti kita pernah mendengar nama port weld tu dalam buku sejarah bukan :) . Kuala sepetang jugak adalah tempat hutan kayu bakau terbesar di malaysia dan diwartakan sebagai hutan bakau simpanan.

Kalau korang semua nak tau, apa tujuan aku nak ke Kuala sepetang ?, Makan mee udang Mak jah & Mak teh ?. nak makan mee udang masa tu mana la boleh, sebab waktu tu bulan puasa, semua kedai mee udang tutup. Selain Mee udang, Kuala sepetang juga terkenal dengan industri pengeluaran arang, selain daripada sektor perikanan. Arang yang dibakar daripada Kayu Bakau. Kalau nak tengok macam mana arang bakau punya proses, jom ikut dan tengok gambar-gambar kat bawah.

suasana seawal pagi di kilang arang di kuala sepetang

Kayu bakau yang masih mentah dan siap dipotong, sebelum melalui proses menanggalan kulit yang diangkut daripada bot

Kanak-kanak ini bangun seawal pagi dan datang ke kilang bagi membantu keluarga melakukan kerja-kerja di kilang arang dan pulang ke rumah bagi persiapan untuk meneruskan pengajian di sekolah pada sebelah petang

Setibanya aku di Kilang arang, aku di sambut dengan anjing-anjing di kilang tersebut, risau jugak dengan anjing-anjing yang banyak berkeliaran, tapi seorang mak cik menegur, "adik tak payah takut la, anjing tu tak gigit orang", sebelum tu, kawan-kawan aku ada pesan, kata diorang anjing kat kilan tu memang friendly sikit. Kalau friendly boleh la aku suruh anjing tu angkat beg kamera aku hehe.

Nampak kelibat mak cik umur dalam lingkungan 60 tahun senang memisahkan kulit kalau bakau di luar kilang, dengan bedak sejuk dimuka di tambahkan lagi kesegaran muka di awal pagi. Suasana pagi di kawasan sekeliling kilat pada waktu tu, sangat berkabus dan ditambah dengan keadaan yang berjerebu yang dibawa angin dari negara jiran kita, iaitu indonesia, cantik cantik dan sejuk mata memandang dan pada waktu tu, air surut. untuk mengenali mak cik tu, aku cuba datang dekat untuk beramah mesra. Mak cik yang sedang sibuk melayan tarah kulit kayu sangat mesra dan katanya, di sini terdapat banyak kilang dan berlainan tokeynya, sama seperti yang kawan aku cakap, katanya lagi dan menyuruh aku masuk sampai ke dalam.

Seorang pekerja yang sedang menunggu masa air pasang bagi proses mengangkut kayu bakau yang dipotong di hutan paya bakau. Apabila air surut, ia menyukarkan lagi kerja-kerja pengangkut kayu untuk dipindahkan ke Kilang

Proses menyusun kayu-kayu bakau yang dipotong dan dibuang kulit di Dapur, tempat pembakaran arang yang akan dijalankan

Kayu-kayu yang di susun akan dibawa masuk ke dalam dapur pemakaran.

antara arang-arang yang sudah siap di bakar, akan dikeluarkan untuk dimasukan ke dalam lori, sebelum melalui proses pembungkusan

Setiap dapur pembakar diperbuat daripada bata merah dan diseliputi tanah liat. Bata-bata disusun mengikut bulatan

Arang-arang yang hancur kecil akan dibungkus dan arang kecil ini sesuai dijadikan arang bagi BBQ

Apabila air pasang, kayu akan dibawa masuk dengan bot-bot ke kilang dan kerja pemindahan kayu-kayu ini hanya dilakukan oleh seorang pekerja sahaja

Mengikut apa yang dikatakan oleh pekerja-pekerja disini, arang-arang ini akan dibungkuskan dan di pasarkan ke Korea dan jepun bagi tujuan pembuatan alat-alat solek, agak teruja juga bila aku dengan arang nie boleh buat alat-alat make-up.

daripada pukul 7 pagi sampai la ke pukul 3 petang aku disini, hitam tu tak payah cakap la, sampai ke hidup. Pada mulanya aku agak pelik sebab, aku ingta orang-orang yang bekerja di sini adalah daripada orang alim, siap bercelak kat mata, lama kelamaan baru aku tau sebab apa hitam, sebab lama sgt main dengan arang. Sempat juga merasa masuk dalam dapur tempat pembakaran, memula agak takut sebab panas, atas pelawaan mak cik-mak cik kat situ, aku pun cuba masuk ke dalam. Kalau berdiri didalam dapur, memang terasa panas, tapi bila duduk, panas tak ada lagi.

Waktu aku kat kilang tu ada juga part paling lawak, aku salah terjah, sekali terjah semua tergamam sambil ceduk nasi, dah rasa macam movie pulak. Mak cik-mak cik muka malu sebab tak puasa, siap cakap, maaf la adik, kami tak puasa, nak buat mcm mana katanya, tapi aku faham sebab berat jugak kerja-kerja diorang semua nie.

Agak lama aku kat kilang tu, aku ambik keputusan untuk beredar daripada kilang tu, untuk menyambung perjalanan balik ke kedah.

Apapun sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog nie, mesti korang letih nak scroll kat blog nie, apapun terima kasih

← Back

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


UMI HAFILDA TELANJANGKAN ANWAR <b>DI LENGGONG</b> PERAK

Posted: 07 Jul 2011 01:54 AM PDT

Nah! sila nafikan apa yang dikatakan oleh Umi Hafilda kepada Anwar Ibrahim, kepada Azmin Ali, kepada Wan Azizah, kepada Karpal Singh dan kepada Mat Sabu. Jikalau Umi Hafilda bercakap bohong kenapa tak saman sahaja Umi Hafilda tu... Saya sanggup jadi saksi apa yang Umi Hafilda katakan kepada Anwar Ibrahim pada malam 3 Julai 2011 jam 1000 malam hingga jam 1200 t.malam di Lenggong Perak. Jika kata-kata Umi Hafilda itu benar, mengapa penyokong pembangkang mahu BERSIH kan kerajaan yang telah memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Mengapa tak BERSIHkan Anwar? mengapa!!!!!!!!             
Tonton video berikut:-            
Pada 3 Julai 2011 jam 1000 malam hingga jam 1200 malam Umi Hafilda telah dijemput berceramah di Lenggong. Beliau telah mendedahkan segala keburukan Anwar Ibrahim yang mana telah menipu rakyat Malaysia. Umi Hafilda mesifatkan Anwar Ibrahin dan Wan Azizah adalah manusia munafik kerana pembohongannya kepada rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian kepada mereka yang bercadang untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 dan yang seumpamanya di masa depan supaya berfikir dahulu apa faedahnya. Apakah menyokong orang munafik itu di redhai Allah?. Apakah bersubahat dengan orang yang menyokong orang murtad di redhai Allah.
Anwar bercakap tentang keburukan orang lain sedangkan buruk sendiri lebih teruk lagi.
JANGAN HADIRI PERHIMPUNAN BERSIH KERANA JIKA ANDA HADIR BERMAKNA ANDA BERSUBAHAT  DAN TOLONG MENOLONG DENGAN ORANG-ORANG YANG MUNAFIK, PENZINA, PELIWAT, PEMBOHONG, PENIPU, PERASUAH, KRONI, KONSPIRASI, PENDERHAKA.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


PUTERI RIMBA: Meraikan Cinta : Wan Dan Mai <b>di Bidor</b>,Perak.

Posted: 21 Sep 2011 08:22 AM PDT

 Assalamualaikum kawan-kawan semua....
Nasib la ye....Cik Ngah malam ni tengah meroyan nak update blog secara pukal...heeeee...jangan jemu plak tau,sementara tengah free ni,balun la update banyak2,ye dok?...
ok...ni pun cerita meraikan cinta lagi....musim2 raya ni banyak lak yang buat kenduri sekali,so dah jadi tema open house + kenduri kawin dah...
Kali ni ikut Mr D ke majlis kawan rapatnya di Bidor,Perak (sebelah perempuan),Cik Ngah dah kenal diorang sebelum ni sama2 kuar n aktiviti lain.Cik Ngah and Mr D gerak dalam kul 6.30 pagi dari Putrajaya,singgah kat Rawang ambil kawan Mr D (photographer tuk wedding ni)

Ni la majlis yang sempoi Cik Ngah pernah hadiri,asyik nak ketawa je...member2 Mr D memang cam tu...adaaaa je lawaknya...pengantinnya pun sporting and sempoi sangat...bleh gelak2 lagi time sanding,and boleh borak2 gitu...haaaa...memang sempoi...oklah...jom layan gambar ok...

tu diaaaa...ramai ahli rombongannya....penuh satu lorong tu ha...heee...
rombongan ni tuk majlis akad nikah dalam kul 10 pagi....

majlis akad nikah yang juga sempoi,sekali lafaz je...
 pengantin perempuan (maisara) yang sangat cantik (di mata Cik Ngah la)
mekap cantik,baju cantik...simple tapi sweet sangat,
warna tema pun semua lembut2 je....sukaaaaaa.....

 siap boleh borak and senyum2 lagi...heeee...caya lah...


baju yang cantik-penyerahan mas kahwin....


kena paksa amik gambar oleh kawan Mr D...
Abis majlis akad nikah,kami di jamu nasi...ayam gorengnya sedap...ada air soya lagi...heeee....pengantin lelaki balik ke rumah persinggahan tuk salin pakaian bersanding,Cik Ngah dan wife kawan Mr D terus tunggu di rumah pengantin perempuan,kebetulan depan pelamin tak de orang,so kitaorg lepak je la,syoookkk je dok depan kipas,sementara yang lelaki ikut pengantin lelaki (actually,malas nak jalan kaki...panas...)
Dalam kul 2,sekali lagi rombongan pengantin lelaki sampai tuk bersanding dengan persalinan pink....very like persalinan diorang....cantik....(Mr D pun tetiba je tegur..."smart ar baju iwan (pengantin lelaki) tu...heee)

Tu dia...segak dan jelita...sepadan...murah senyuman tul la diorang ni....
 kawan2 Mr D yang sangat happening gitu...seronok tengok diorang nih...
Tahniah la kepada Syazwan dan Maisara,semoga bahagia ke akhir hayat Cik Ngah doakan...
Majlis selesai dalam kul 3 lebih,kitaorang terus gerak balik sebab kawan Mr D yang tumpang tu nak masuk kerja malam plak,yang lain terus singgah di Cameron jalan2 raya katanya....
lepas hantar kawan Mr D terus kitaorg gi Shah Alam,open house salah sorang ahli Cek Mek Molek Group iaitu kak ikin yang buat open house di rumahnya,makan laksa n nasi lauk tom yam,yang penting ada aiskrim sedap okeh....heeee...tuntang-tuntang...dalam kul 1 gak la sampai umah....
penat tapi seronok jalan-jalan
(maklum la driver yang bawa...ahaksss...jadi mem besar kat sebelah jer....)

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


4 penjenayah ditembak mati <b>di Batu Gajah</b>

Posted: 19 Sep 2011 05:38 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]BATU GAJAH: Polis menembak mati empat penjenayah selepas berbalas tembakan di dalam sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai dicuri, di Jalan Changkat Larang, Batu Gajah, dekat sini, malam tadi.

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Jawatan Kosong Di Perbadanan Pembangunan Pertanian <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2011 10:04 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Jawatan Kosong Di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) - Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan ...